BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Isnin, 7 Mac 2011
PENJUAL RAJA-RAJA -PART 3
Tiba-tiba Sultan telah jatuh gering yang mana sakit ini membawa kepada kemangkatan baginda. Baginda telah memrintahkan agar dipanggil Syeikh Al Izz untuk bertemu dan memberi nasihat terakhir. Al Izz menyahut jemputan tersebut dan menganggapnya sebagai ibadah kepada Allah. Ia pergi dan mendakwah Sultan supaya melakukan apa yang mampu dalam usia yang masih sebaki bagi kebaikan Islam dan seluruh kaum muslimin. Baginda diminta membenteras segala bentuk kemungkaran di dalam negara. setelah mendengar nasihat beliau, Sultan meminta ampun dan maaf dari beliau serta dihalalkan segala permasalahan yang pernah berlaku di antara baginda dan Syeikh Al Izz, Al Izz dengan penuh hormat menjawab;
"Adapun menghalalkan engkau, sesungguhnya aku menghalalkan semua makhluk setiap malam dan aku tidur dalam keadaan tiada siapa menanggung kesalahan menzalimi aku, aku harap ianya diterima Allah".
Di akhir pertemuan Sultan menghadiahkan kepada beliau seribu keping dinar emas Mesir. Dengan sopan Al Izz menolak dan berkata;
"Pertemuan ini semata-mata kerana Allah, sekali-kali aku tidak akan mengotorinya dengan sesuatu dari dunia".
Qadhi al Quhat Badr al Din b Jamaah RH menceritakan, pernah berlaku kemelesetan ekonomi di Damsyik hinggalah kebun dan ladang dijual dengan setengah harga dari harga sebenarnya. Suatu hari isteri Sheikh AL Izz telah memberikan kepadanya sejumlah barangan kemas untuk dijual dan dibeli dengan harganya sebidang tanah kebun. Sheikh Al Izz mengambil barang kemas tersebut dan menjualnya. Kemudian beliau telah menyedekahkan semua harga barang kemas itu kepada fakir miskin. Bila pulang ke rumah isteri beliau bertanya;
"Sudahkah tuan membeli kebun untuk kita?"
Beliau menjawab;"Ya sudah pasti, sebidang tanah kebun di syurga, aku melihat ramai orang menderita kesusahan maka aku sedekahkan harga emas itu".
Lantas isterinay menjawab ;"Semoga Allah membalasimu dengan kebaikan" Rahima Allahu Shaikh wa radziya 'annhu wa Ja'alana min am salihi Amiiiin!
* Bersambung...............................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan