Rabu, 2 Mac 2011

ALLAH CIPTAKAN MANUSIA UNTUK BERJAYA DAN PUNYA KEISTIMEWAAN MASING-MASING : KISAH DAN TAULADAN


Satu hari seorang Professor ingin menyeberangi sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. di tengah-tenagh sungai, professor bertanya: "Kau pandai menulis dan membaca?"

Jawab si pengayuh sampan : "Tidak saya buta huruf".
Balas sang professor  : " Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu , professor bertanya lagi : "Kamu ada membuat simpanan di bank?"
Jawab si pengayuh sampan : "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit."
Balas sang professor  : "Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Sampai ditengah sungai, tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Tanya si pengayuh sampan kepada professor: "Tuan, apakah tuan pandai berenang?"
Balas sang professor  dalam keadaan panik: "Err....errrr, saya tidak tahu laaaa."
Pengayuh sampan terus membalas: " Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan"!

Moralnya:

Pengajaran dari cerita ini ialah Tuhan tidak menciptakan manusia itu bodoh dan setiap sesuatu yang tidak sia-sia. Sebaliknya, Tuhan menciptakan manusia penuh dengan kebijaksanaan dan keistimewaan yang berbeza. Setiap kita mesti menganl dimana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan