- ( DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI )
SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKELIAN ALAM, PUJIAN ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR DAN KESUDAHAN YANG BAIK ADALAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA. DAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL KITA MUHAMMAD DAN JUGA KE ATAS KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABATNYA.
YA ALLAH, TUHAN KAMI TERIMALAH DOA DAN AMALAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI YANG MAHA MENGETAHUI. DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT, LAGI MENGASIHANI. TUNJUKI DAN BIMBINGLAH KAMI KEPADA KEBENARAN DAN KEPADA JALAN YANG LURUS DENGAN BERKAT AL-QURAN. YA ALLAH, KASIHANILAH KAMI DENGAN BERKAT AL-QURAN , DAN JADIKANNYA SEBAGAI PIMPINAN, CAHAYA, PETUNJUK DAN RAHMAT UNTUK KAMI. YA ALLAH, INGATKANLAH KAMI APA YANG TELAH KAMI LUPA DARI AL-QURAN, DAN AJARLAH KAMI APA YANG KAMI TIDAK TAHU TENTANG ISI AL-QURAN, DAN KURNIAKANLAH KAMI KEUPAYAAN UNTUK MEMBACANYA PADA WAKTU MALAM DAN SIANG, DAN JADIKANLAH AL-QURAN ITU SEBAGAI HAJAT UNTUK KAMI. WAHAI TUHAN PEMELIHARA SEKELIAN ALAM.
YA ALLAH, HIASKANLAH DIRI KAMI DENGAN KEINDAHAN AL-QURAN, MULIAKAN KAMI DENGAN KEMULIAAN AL-QURAN, DAN SERIKAN KAMI DENGAN KETINGGIAN MARTABAT AL-QURAN, DAN PAKAIKAN KAMI DENGAN DENGAN PAKAIAN PERMATA AL-QURAN, MASUKKAN KAMI KE DALAM SYURGA DENGAN SYAFAAT AL-QURAN, SELAMATKAN KAMI DARIPADA SEGALA BENCANA DUNIA DAN AZAB HARI AKHIRAT DENGAN BERKAT KEHORMATAN AL-QURAN.
YA ALLAH, JADIKANLAH AL-QURAN SEMASA HIDUP KAMI DI DUNIA SEBAGAI RAKAN DAN DI DALAM KUBUR SEBAGAI KAWAN YANG MESRA, PADA HARI KIAMAT SEBAGAI PEMBANTU, SEBAGAI CAHAYA PENYULUH, SEMASA MENUJU KE SYURGA SEBAGAI TEMAN, DAN SEBAGAI PENGHADANG DAN PENDINDING DARI API NERAKA, DAN JADIKANLAH AL-QURAN UNTUK KAMI SEBAGAI PANDUAN DAN IKUTAN KEPADA SEGALA KEBAIKAN, DENGAN LIMPAH KURNIA KEMURAHAN DAN KEMULIAANMU JUA YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH.
YA ALLAH, TUNJUKANLAH KAMI DENGAN PETUNJUK AL-QURAN, SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA API NERAKA DENGAN SEBAB KEMULIAAN AL-QURAN, TINGGIKANLAH DARJAT MARTABAT KAMI DENGAN SEBAB KELEBIHAN AL-QURAN, DAN HAPUSKANLAH DOSA KEJAHATAN KAMI DENGAN SEBAB MEMBACA AL-QURAN, YA ALLAH, TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA MACAM KELEBIHAN DAN IHSAN. WAHAI TUHAN KAMI BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA.
BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Ahad, 13 Mac 2011
DOA KHATAM AL QURAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan