Jumaat, 2 April 2010

TAZKIRAH & KHUTBAH JUMAAT DI MASJID AN-NUR, TITI TERAS BALIK PULAU, PULAU PINANG

Masjid An-Nur Titi Teras Balik Pulau, Daerah Barat Daya Pulau Pinang

    2 MAC 2010, Imam Masjid An-Nur, Titi Teras Balik Pulau, daerah Barat Daya Pulau Pinang Yang Berbahagia Ustaz Tuah, telah berbesar hati menjemput Penolong Pengarah Takmir Negeri Pulau Pinang al fadhil Ustaz Muhammad Imran bin Ibrahim untuk menyampaikan tazkirah seterusnya memberikan khutbah di sini.

   Majlis dimulakan pada pukul 1.00 petang dengan tazkirah oleh ustaz mengenai hadith Nabi S.A.W yang menyuruh umat Islam mengajar anak-anak mereka untuk solat bila berumur 7 tahun dan bila berumur 10 tahun jika tidak mahu solat maka dipukulkan kepada mereka serta dipisahkan dari tempat tidur.

    Di antara intipati tazkirah ialah 3 elemen yang Rasulullah ajar kepada kita iaitu :-
1. Ajar anak untuk solat seawal umurnya 7 tahun. Nabi lahir berdekatan dengan Masjidil Haram dan wafat berhampiran Masjidil Nabawi. Melambangkan betapa hubungan yang sungguh akrab Baginda dengan rumah Allah SWT ini. Disebalik itu Nabi menggesa umat Islam agar mencari "biah" atau suasana persekitaran yang berlandaskan masjid. Kanak-kanak seawal usia 7 tahun amat mudah terpengaruh dengan persekitaran. Maka mula-mula yang perlu diperkenalakan kepada mereka adalah persekitaran masjid. Oleh itu pentingnya menjaga keharmonian masjid agar generasi kita pun turut sama terkesan dengan suasana itu.

2.  Kaedah didikan memukul kepada anak-anak. Cara pukulan yang mendidik  bukan mencederakan perlu dilaksanakan demi masa depan anak-anak. Dari segi Psikologinya anak-anak akan memahami bahawa pukulan adalah merupakan "isyarat" iaitu suruhan agar meninggalkan sesuatu perkara yang  buruk dan membuat sesuatu yang diarahkan.Pepatah "sayangkan anak tangan-tangankan" sudah tidak ada dalam masyarakat kerana kita hari ini sudah  meninggalkan apa yang Nabi suruh. kita menjamu anak-anak dengan wang ringgit dan menuruti kemahuan jasmani mereka.

3. Pisahkan mereka dari tempat tidur
Mengelakkan sumbang  mahram. Dengan mengasingkan bilik anak perempuan, lelaki dan ibubapa adalah yang diajar oleh agama. Anak-anak perlu minta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa dan begitulah sebaliknya.
Hari ini masyarakat sudah tak mementingkan pergaulan walau dalam keluarga dan mengenepikan apa yang Allah suruh untuk mengelakkan kes sumbang mahram ini.

Tajuk khutbah hari ini ialah "Berilah Peluang Aku Hidup" yang diambil dari khutbah JAKIM sesuai dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Khutbah tersebut akan dilampirkan.


Ustaz Muhammad Imran  menyampaikan khutbah bertajuk "Berilah Peluang Aku Hidup" yang membicarakan tentang kes pembungan bayi di negara ini.


Bergambar bersama Ustaz Tuah, Pengerusi Qaryah Masjid An-Nur Titi Teras dan Penghulu Balik Pulau.

 Selepas itu Penolong Pengarah Takmir beramah mesra dengan imam dan jawatankuasa Masjid Titi Teras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan