Rabu, 31 Mac 2010

PENGISLAMAN SAUDARA BARU OLEH PEGAWAI PENYELARAS TAKMIR NEGERI PULAU PINANG

31 MAC 2010 menyaksikan saudara Ooi Kok Tim telah memeluk agama Islam yang suci dan menjadi saudara dalam Islam dihadapan Pegawai Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang Ustaz Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim di Pejabat Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang.


Turut sama menjadi saksi dalam upacara pengislaman itu ialah Ustaz Mohd Fariq Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Timur Laut dan Ustaz Hamdan Penolong Imam Masjid Negeri Pulau Pinang.


Saudara Tim berasal dari Sg. Ara Bayan Lepas, dan menetap di Kuala Lumpur tetapi bekerja di Kuching Sarawak mula berjinak-jinak dengan Islam melalui pergaulan dan rakan-rakan Islam yang banyak memberikan dorongan mempelajari agama suci ini.Ustaz Muhammad Imran telah memberikan nombor Brother Wahab dari MACMA Serawak untuk saudara Tim menghubunginya bagi mendapat bimbingan yang berterusan di sana.


Tahniah kepada saudara Tim dan Moga Allah S.W.T memberkati beliau dan menjadikan beliau seorang muslim yang sejati. Amin Ya Rab al-Alamin.

Selasa, 30 Mac 2010

LAPORAN NAZIRAN PEJABAT PENYELARAS PROGRAM MENGIMARAH MASJID DAN SURAU NEGERI PULAU PINANG 2008 DAN 2009

Satu lawatan naziran oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang ke Unit Takmir pada 11 Februari 2010 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Ia adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.2 Tahun 2003.

Objektif naziran adalah :
1. Untuk memastikan PTJ mematuhi Panduan Pengguna eSPKB dan semua peraturan yang berkuatkuasa;
2. Untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pengguna eSPKB; dan
3. Untuk melapor kepada Ketua PTJ atau Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan.

Skop dan kaedah naziran :
Naziran telah dijalankan ke atas pengurusan kewangan yang merangkumi kawalan dalaman, pengurusan waran peruntukan, pengurusan terimaan, pengurusan baucar jurnal, pengurusan perbelanjaan dan pengurusan rekod kewangan bagi tahun 2009.

Dalam laporan balas oleh naziran ialah mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jabatan/PTJ dengan kerjasama yang diberikan kepada unit naziran yang telah berjaya menjalankan tugas dan naziran. Secara keseluruhannya, tahap pengurusan kewangan di jabatan ini adalah CEMERLANG. Oleh itu, Ketua PTJ/Jabatan perlu memastikan prosedur dan tatacara kewangan yang betul dan sedang berkuatkuasa diaplikasikan di Unit Kewangan jabatan berjalan dengan lebih baik.

Bagi pihak Unit Takmir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Naziran Akauntan Negara Malaysia Pulau Pinang di atas teguran dan kerjasama untuk penambah baikan gerak kerja Takmir khasnya.

Sabtu, 27 Mac 2010

TAFAQQUH FIDDIN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Hari ini berlangsung kelas Tafaqquh Fiddin Daerah Seberang Perai Utara gabungan Butterworth dan Kepala Batas untuk guru-guru Takmir Seberang Perai Utara di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas.Kehadiran guru-guru Takmir sungguh membanggakan walaupun mereka sebuk dengan urusan harian.

Walaupun PPMD Kepala Batas Hj Mahamad Nor b Hussin masih di Hospital akibat kemalangan, tugas mengatur dan mengurusetiakan kelas tersebut telah di ambil alih PPMD Butterworht Us Abu Bakar Bakilani bin Abu Hassan.

Kelas Tafaqquh ini dipimpin oleh S.S Dato' Hj Hassan bin Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Kitab yang dibincangkan ialah Ashbah Wa An-Nozoir yang terkenal. Hasil perbincangan yang bersifat kontemporari di samping permasalahan semasa telah dijawab oleh S.S Dato' dengan jelas dan teratur.

Perjumpaan dalam kelas ini disamping merapatkan ukhuwwah antara guru Takmir ianya merupakan tempat percambahan ilmu. Selepas selesai kelas tersebut S.S Dato' dan guru-guru Takmir menjamu selera yang disediakan oleh urusetia.

p/s gambar akan menyusul

Jumaat, 26 Mac 2010

PPMD KEPALA BATAS DITIMPA KEMALANGAN

Pegawai Penyelaras Takmir Melawat PPMD Kepala Batas di Hospital KPJ


                                                  Pak Chaq Terlantar di Hospital KPJ

               Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Tuan Haji Mahamad Nor bin Hussein telah dimasukkan ke Hospital KPJ Bandar PERDA, Seberang Perai Tengah pada 25 Mac 2010 kerana terlibat dalam satu kemalangan kecil semasa perjalanan hendak pergi bertugas di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas. Beliau yang menaiki motorsikal telah bertembung dengan kereta Avanza yang berhenti secara tiba-tiba di satu simpang.
               Walaubagaimanapun kesihatan beliau semakin baik. Marilah sama-sama kita doakan kesehatan beliau agar dapat kembali bertugas seperti sedia kala. Turut hadir melawat beliau ialah Tn Hj Muhammad Imran bin Ibrahim Penolong Pengarah Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.