MISI DAN VISI JAKIM/TAKMIR

Misi JAKIM
Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap dan Berkesan


VISI JAKIM
Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Yang Unggul


OBJEKTIF JAKIM
• Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat.
• Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih,
berketerampilan, dedikasi dan berhikmah.
• Menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.


PERKARA-PERKARA PENTING


1) Program Takmir Masjid dan Surau adalah merupakan rancangan
Pihak KESUMA, JAKIM dengan kerjasama JAIPP. JAKIM selain daripada mengadakan peruntukan adalah sebagai Penyelaras Rancangan sahaja.






2) Peruntukan Kewangan yang disediakan oleh JAKIM hanya untuk
membayar saguhati guru-guru sahaja iaitu sebanyak RM 40.00 bagi satu pengajian. Perbelanjaan-perbelanjaan dan kemudahan lain hendaklah disediakan oleh JAIPP.






3) Rancangan Takmir Masjid/Surau tidak dimaksudkan untuk
menggantikan rancangan yang sedang berjalan tetapi sekadar menampung kekurangan yang ada, seperti memperluaskan ke masjid-masjid dan surau-surau yang belum lagi ditakmir atau menambah bilangan ceramah di sesuatu masjid atau surau kepada maksimum 4 kali sebulan.


ETIKA KERJA


Bekerja dengan Keimanan dan Ketaqwaan
Berkerja dengan Professional
Bertindak sebagai Satu Pasukan
Bersedia Memimpin dan Dipimpin
Berkhidmat untuk Kebahgiaan Semua


Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan W.P. Putrajaya
No Tel : 03-88864003 No. Fax : 03-8888 2033
e-mel : wan@islam.gov.my




LAMAN UTAMA
UCAPAN KETUA PENGARAH
CARTA ORGANISASI
BIODATA
DIREKTORI






UCAPAN KETUA PENGARAH JAKIM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.


JAKIM merupakan sebuah agensi agama di peringkat Persekutuan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha untuk membangun dan memajukan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. Pembangunan laman web ini adalah salah satu usaha JAKIM ke arah memantapkan pengurusan hal ehwal Islam di samping dapat menyebarkan ilmu dan maklumat tentang Islam yang terkini dan pantas kepada masyarakat.


Selaras dengan hasrat dan matlamat kepimpinan Negara dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, penggunaan media internet diharap dapat membantu mempercepatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada masyarakat.


Sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan, JAKIM berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal Islam di Negara ini khususnya dan di peringkat dunia secara amnya.


Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web JAKIM dan diharapkan anda memperolehi sesuatu kelainan yang penuh bermanfaat apabila mengunjungi laman web JAKIM.


Selamat Melayari Dunia Web Islam Anda


1MALAYSIA 1UMMAH




DATO' WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ
wan@islam.gov.my