Selasa, 24 April 2012

Abu al-Fida pernah diangkat jadi raja

Abu al-Fida pernah diangkat jadi raja

NAMA lengkapnya ialah Ismail bin Afdal Ali bin Al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taqi ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu'ayyad Imaduddin Abu al-Fida atau lebih dikenali sebagai Abu Fida.
Ddilahirkan pada tahun 672 Masihi di Damsyik, beliau merupakan salah seorang seorang cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi).
Ketika berusia 12 tahun, Abu Fida telah menyertai rombongan ayahnya serta saudara sepupunya al-Muzaffar Mahmud II, dalam satu penyerbuan terhadap benteng St. John.
Malah beliau juga turut serta dalam penyerbuan pada Perang Salib di Tripoli, Arced dan Qalat ar-Rum.
Lima tahun kemudiannya, ketika berusia 17 tahun, Abu al-Fida turut bertempur melawan tentera-tentera Salib yang menguasai Trablis dan pada tahun 710 Hijrah, beliau telah diangkat menjadi putera mahkota di daerah Hammah dan sekitarnya serta menjadi raja pada tahun 712 Hijrah dengan gelaran al-Malikul Muayyad.
Selain itu beliau merupakan seorang ahli geografi dan ahli sejarah. Setelah memasuki usia tua, beliau telah menghasilkan beberapa karya puitis termasuk sebuah gubahan daripada karya juristik al-Mawardi, yang berjudul Al-Hawi.
Penulisan karyanya banyak menyangkut keagamaan dan subjek-subjek itu telah hampir hilang sebahagiannya. Tetapi dua buah karya besarnya telah berhasil mengangkat reputasinya sebagai salah seorang ilmuwan tersohor.
Keduanya merupakan antologi berukuran besar yang kemudiannya disusun dengan sempurna sekali. Karyanya itu berjudul, Mukhtasar Tarikh al-Basyar, iaitu sebuah buku sejarah antarabangsa yang mencakupi pra-Islam dan sejarah Islam pada tahun 729 Hijrah.
Selain itu, kitabnya yang berjudul Takwin al-Bulan, iaitu sebuah deskripsi geografi yang dilengkapi dengan sejumlah data, matematik, dan fizik turut diiktiraf oleh para ilmuwan yang lain.
Dalam penulisan dan pengkajian itu, Abu Fida banyak membahas dan memberi penjelasan astronomi dan kedudukan bumi. Beliau juga telah menemukan alat yang disebut miqyas yang dapat digunakan untuk mengukur luas beberapa tempat yang berbeza-beza.
Beliau juga sempat menghasilkan sebuah karya yang berjudul, An Abridgement of the History of the Human Race, iaitu sebelum dua tahun pengakhiran hayatnya.

SUMBER.........

Isnin, 23 April 2012

Sesama Yahudi berebut kuasa

Sesama Yahudi berebut kuasa

SETELAH berhari-hari melakukan kepungan, Kota Khaibar dengan benteng pertahanan berlapis-lapis memang terlalu sukar untuk ditembusi dan ditawan oleh tentera Islam.
Walaupun tekanan demi tekanan diberikan, termasuk tentera Islam menjadi korban pertama dalam perang itu, namun Kota Khaibar tetap gagal dikuasai.
Selaku pemimpin tentera, Rasulullah sendiri sentiasa mencari jalan menakluki kota Khaibar meskipun baginda telah diwahyukan bahawa perang itu menjanjikan kemenangan kepada seluruh umat Islam.
Pada masa sama, penduduk Yahudi kota Khaibar sendiri mengalami krisis atau pergolakan yang hebat, khususnya di kalangan pemimpin mereka.
Ia bermula dengan ketua mereka yang merupakan penduduk asal Khaibar, Uzair bin Rizam dibunuh oleh pembantu kepada Ketua Yahudi Bani Nadhir, Huyay bin Akhtab, iaitu Sallam bin Misykam.
Huyay telah dihukum bunuh bersama-sama dengan semua kaum lelaki Yahudi Bani Quraizah dalam peristiwa selepas Perang Khandaq.
Sallam bin Misykam membunuh Uzair kerana marah dan tidak berpuas hati dengan layanan berat sebelah pemimpin Yahudi Khaibar itu terhadap para pelarian Bani Nadhir.
Mereka hanya dibenarkan bermalam di dalam kota. Sedangkan pada sebelah siangnya terpaksa berada di luar kota selain terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada Uzair.
Niat jahat
Namun Sallam tetap berusaha mengajak Uzair memerangi dan merampas kembali Madinah daripada orang Islam. Beliau mahu Madinah dikembalikan sebagai Yathrib dengan pihak Yahudi Bani Nadhir menguasai terutama ekonomi dan perniagaan di kota tersebut.
Namun Uzair enggan kerana selama ini pihak Islam tidak pernah memberi masalah dan menganggu kedudukan Yahudi di Kota Khaibar.
Namun setelah melihat sendiri kedudukan Kota Khaibar yang sangat strategik dan mempunyai pelbagai keistimewaan terutama kubu dan benteng pertahanan yang sangat kuat dan lengkap dengan peralatan senjata yang canggih pada masa itu, iaitu manjanik, pelantik besar yang dapat menyekat kemaraan musuh, sekali gus dapat menghancurkan musuh, menyebabkan Sallam menyimpan niat jahat untuk mengambil alih kekuasaan di Kota Khaibar.
Sallam akhirnya berjaya membunuh Uzair secara senyap-senyap. Kematian Uzair tanpa diketahui angkara siapa itu menimbulkan kegemparan di kalangan para pengikutnya, termasuk untuk mencari pengganti.
Kesempatan itu diambil oleh Sallam dengan berpura-pura simpati atas kematian Uzair dan mendakwa kononnya ia dilakukan oleh perisik yang diupah oleh Nabi Muhammad.
Sallam terus menawarkan dirinya untuk menggantikan Uzair kerana kononnya Uzair pernah memberitahunya supaya mengambil alih tampuk pemerintahan sekiranya dia tiada sambil berjanji mencari pembunuhnya.
Mendengarkan kata-kata Sallam itu, ramai yang berasa sangat yakin dan tanpa ragu-ragu lagi bersetuju melantiknya sebagai ketua dan pemimpin baru kepada seluruh penduduk Yahudi di Kota Khaibar.
Namun sejak itu Sallam memberikan keutamaan kepada kaumnya - Yahudi Bani Nadhir. Ini termasuk meletakkan anggota tentera di kalangan kaumnya di barisan paling hadapan iaitu mempertahankan Kubu Nai'im.
Rahsia yang ditutup itu akhirnya terbongkar apabila seorang perempuan tampil memberitahu bahawa Uzair mati dibunuh Sallam.
Mendengarkan perkara itu, pembantu kepada Sallam sendiri, Al Harits bin Abu Zainab terus membentuk pakatan menjatuhkan Sallam. Masing-masing tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Sallam, lebih-lebih lagi janjinya untuk menangkap pembunuh Uzair, sebenarnya satu penipuan yang sangat licik demi merebut kuasa.
Bagi mengarahkan Sallam supaya melepaskan jawatan tentu sahaja bakal menimbulkan perbalahan di kalangan Yahudi Bani Nadhir dan Yahudi Khaibar. Lalu Sallam dibunuh secara senyap dengan diberi air minuman yang telah diracun.
Kematian Sallam tidak menimbulkan masalah besar kerana Bani Nadhir sendiri akhirnya terpaksa bersetuju apabila Al Harits dilantik serta merta menjadi ketua baru.
Sebaik sahaja dilantik sebagai ketua, Al Harits mahu menggantikan barisan tentera daripada kaum Yahudi Bani Nadhir yang mempertahankan Kubu Nai'im dengan anggota tentera daripada penduduk asal Khaibar.
Al Harits juga mahu serangan terhadap tentera Islam diperhebatkan dengan menggunakan senjata pelontar batu dan api (manjanik) yang dikira paling canggih dan hebat pada masa itu.
Namun, entah bagaimana satu serangan anak panah daripada pihak Islam tepat mengenainya menyebabkan Al Harits terbunuh. Namun pihak Yahudi segera menggantikan tempat Al Harits itu kepada Kinanah bin Rabi yang berkahwin dengan anak perempuan Huyyay bin Akhtab, Saffiyah.
Kinanah bertindak pantas demi kedudukan Yahudi dengan turut melancarkan serangan bagi membolehkan semua benteng-benteng pertahanan di Kota Khaibar itu sukar untuk ditembusi oleh pihak Islam.

 SUMBER..........

Sabtu, 21 April 2012

Perkasakan masjid sebagai gedung ilmu

Perkasakan masjid sebagai gedung ilmu

Ragam & pengajaran

PERANAN dan perkembangan masjid sebagai pusat ilmu yang ulung bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir sebuah universiti ternama dunia juga lahir dari sebuah masjid.
"Sejarah telah membuktikan perkembangan masjid sebagai gedung ilmu ini telah memberikan kesan kepada pembangunan ummah seperti mana yang berlaku pada Masjid al-Azhar yang seterusnya berkembang menjadi sebuah universiti terulung di dunia.
"Justeru, kita perlu mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat melahirkan ilmuan Islam di zaman moden kini selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan seperti yang difirmankan Allah," kata Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar.
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Persidangan Perpustakaan Masjid peringkat Kebangsaan 2012, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, peranan masjid sebagai gedung ilmu harus dihidupkan semula memandangkan ilmu pengetahuan adalah aspek penting yang sering dititikberatkan di dalam Islam.
Maka, dengan wujudnya perpustakaan masjid itu akan dapat memudahkan umat Islam untuk mendapatkan bahan bacaan, sekali gus meningkatkan tahap pengetahuan.
"Setiap kali mengunjungi masjid, para jemaah boleh meluang masa untuk mengunjungi perpustakaan yang ada bagi memenuhi masa terluang seperti ketika menanti masuknya waktu solat. Manakala ibu bapa yang membawa anak-anak kecil juga boleh memanfaatkan kemudahan yang ada untuk membudayakan amalan membaca kepada anak-anak seawal usia muda mereka lagi.
"Justeru, tidak sepatutnya perpustakaan dan masjid ini dipisahkan daripada kehidupan umat Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pendidikan dan peningkatan iman yang amat diperlukan dalam meningkatkan tahap pengetahuan ummah.
"Selain daripada bersolat, umat Islam boleh memanfaatkan kemudahan yang ada dan kita harap masjid juga memainkan peranan dalam memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan lain yang boleh menarik para jemaah untuk mengimarahkan masjid," kata Zainal Abidin lagi.
Ini bertepatan dengan surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya umat yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)
Pastinya ayat ini memberitahu akan ganjaran yang bakal diberi sekiranya seorang Muslim itu mengimarahkan masjid. Sayangnya, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Biarpun banyak peringatan yang diturunkan supaya kita mengatur langkah menuju ke masjid, pun begitu senario masjid kosong terus berlaku.
Besar, cantik, canggih dan moden adalah antara ciri-ciri masjid di negara kita kini, namun ia masih gagal untuk menarik kunjungan para jemaah sehingga kebanjiran hanya pada waktu-waktu tertentu seperti solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan sambutan Maal Hijrah.
Bahkan fungsi masjid hari ini juga dilihat lebih terarah sebagai tempat ibadat semata-mata tidak seperti zaman Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam lampau.
Masjid semasa era kegemilangan Islam dahulu berfungsi sebagai pusat kegiatan ummah yang merangkumi aktiviti muamalah, baik yang bersifat politik, ekonomi, sosial, budaya mahupun pertahanan dan keamanan.
Tidak ketinggalan fungsi masjid ketika itu juga sebagai sebuah gedung ilmu yang merangkumi setiap lapangan dan bukan sekadar tertumpu pada kelas-kelas fardu ain, ceramah dan syarahan keagamaan.
Inilah yang telah mencetuskan idea Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan keperluan fungsi masjid ini diperkasakan selaras dengan kepentingan ilmu terhadap pembangunan ummah, menganjurkan persidangan ini.
Persidangan dua hari itu adalah bertujuan untuk mengembalikan fungsi masjid sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam seperti yang pernah dikecapi dahulu.
Malahan ia juga dilihat sebagai platform perkongsian idea dalam mencari kaedah terbaik bagi merealisasikan penubuhan perpustakaan masjid di negara ini.
Tegas Zainal Abidin, langkah itu penting kerana ia dapat membantu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan seterusnya membudayakan ilmu dan amalan membaca di kalangan umat Islam negara ini.
Menyentuh mengenai perkembangan perpustakaan masjid di negara ini, Zainal Abidin memberitahu ia sememangnya telah mula dibangunkan sejak kebelakangan ini dan Jakim sentiasa berusaha untuk terus memperbanyakkan perpustakaan masjid di seluruh negara.
Katanya, antara masjid yang mempunyai kemudahan perpustakaan ini adalah termasuk Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Wilayah, Jalan Duta Kuala Lumpur.

SUMBER......

Jumaat, 20 April 2012

MULTAQA KEPIMPINAN MASJID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG



MULTAQA KEPIMPINAN MASJID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG ANJURAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG BERLANGSUNG 27-29 MAC 2012





BACAAN DOA MULTAQA KEPIMPINAN MASJID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DIPIMPIN OLEH TN HJ MUHAMMAD IMRAN B IBRAHIM PENOLONG PENGARAH TAKMIR JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG






PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH DATO' MANSOR B OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG




PESERTA MEMBERIKAN PERHATIAN YANG TELITI ATAS PEMBENTANGAN YANG DISAMPAIKAN




PESERTA TERDIRI DARIPADA PENGERUSI MASJID SELURUH NEGERI PULAU PINANG





SESI YANG DISAMPAIKAN OLEGH PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG MENGENAI ISU QARYAH AMAT MENARIK


Isnin, 16 April 2012

BENGKEL PENGIMARAHAN BERSAMA GURU MURSYID JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

KPP PMS Tn Hj Ayob B Yaacob PERASMI BENGKEL PENGIMARAHAN BERSAMA GURU MURSYID JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG PADA 22 MAC 2012


Turut Hadir ialah Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Tn Hj Yusuff B Ahmad





12Surah At Taubah ayat 2.  maksudnya:
 Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya
(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.





          Tarikh           :           22 Mac 2012 (Khamis)
            Tempat          :           Dewan Syarahan,
                                                Masjid Negeri Pulau Pinang
            Masa              :           9.00 Pagi


US HJ ROSLI B OTHMAN MENYAMPAIKAN TAJUK GURU MURSYID



seramai80 orang lebih guru mursyid yang hadir



Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau  mengadakan Bengkel Pengimarahan Bersama Guru Mursyid Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang



Bengkel Latihan Dalam Kumpulan







segala idea-idea yang bernas dilontarkan untuk merislisasikan keberkesanan guru takmir


TAKMIR PULAU PINANG MEMERLUKAN LEBIH RAMAI USTAZAH-USTAZAH UNTUK BERDAKWAH




pembentangan oleh ketua kumpulan






Khamis, 12 April 2012

DAULAT TUANKU!

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal




KUALA LUMPUR 11 April – Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu Perang bergema di Balairong Seri dan para hadirin berdiri dan melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali, diketuai oleh Pemangku Datuk Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Sabri Abdullah.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.
Upacara hari ini mengandungi dua sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada usia 84 tahun.

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong V, Perdana Menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain.

Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ke Balairong Seri dengan diiringi tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “Belayar” oleh Kumpulan Nobat Diraja Kedah.

Seri Paduka berdua kemudiannya bersemayam di Singgahsana untuk Istiadat Pertabalan.
Istiadat diteruskan dengan membawa masuk baki alatan kebesaran yang diketuai oleh Pemangku Datuk Maharaja Lela bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman membawa masuk senaskhah al-Quran, Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diikuti Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abd Aziz Che Yacob dengan diiringi paluan nobat dengan lagu “Palu”.
Naskhah al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela.
Seri Paduka mencium al-Quran dan meletakkannya di atas rehal yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka berdua.

Pemangku Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan surat pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri. Ini diikuti dengan Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu dihunus, dan dikucup sebelum menyarungkan semula keris itu sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka.

Seri Paduka kemudiannya melafazkan ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

SUMBER.........

Selasa, 10 April 2012

SEMINAR PENGGUNAAN TEMBAKAU DAN ROKOK DI MALAYSIA UNTUK GURU TAKMIR PULAU PINANG

MPC Bertam Seberang Perai Utara Kepala Batas

Kedatangan Tn Hj Sazali B Hj Hussein, Pengarah JHEAIPP

Majlis Perasmian yang amat bermakna oleh Tn Hj Sazali B Hj Hussein, Pengarah JHEAIPP
 

Us Rashid selaku M.C majlis perasmian

Penyampaian cenderemata kepada Tuan Pengarah Oleh Dr Mazzan dan Pengerusi Permuafakat


Guru takmir yang hadir seramai 100 orang

Walau pun hari Sabtu namun kehadiran begitu memberangsangkan

Guru Takmir mendengar denga penuh minat akan isu ini

      Tn Hj Muhammad Imran Penolong Pengarah Takmir menyampaikan cendera kenangan kepada Prof Madya Razak Haji Lajis,Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia

                                           Rokok Pada Pandangan Agama Islam 
                             Oleh    :         Ustaz Mahizan bin Mat Lazim
    Pegawai Agama Hospital Pulau Pinang


                                Mendekati Perokok, Perspektif Seorang  Doktor Perubatan
                                    Oleh    :         Dr Haji Mazzan bin Md Issa
                                                Ketua Editor Manual Berhenti Merokok
                                                Pusat Promosi Kesihatan Komuniti
                                                Kementerian Kesihatan Malaysia


Cenderemata disampaikan oleh Tn Hj Ayub B Yaacob KPP PMS

TENTATIF PROGRAM
SEMINAR PENGGUNAAN TEMBAKAU DAN ROKOK DI MALAYSIA

                        TARIKH         :           31 MAC 2012 (SABTU)
                        TEMPAT         :           DEWAN PRODUKTIVITI,
PERBADANAN MALAYSIA (MPC) WILAYAH UTARA,
KEPALA BATAS

8.00 pagi       :         Pendaftaran Peserta

8.45 Pagi       :         Kertas Kerja I - Tembakau, Hakikat dan Realiti
                                    Oleh    :         Prof Madya Razak Haji Lajis,
                                                Pengarah Pusat Racun Negara,
                                                Universiti Sains Malaysia

9.45Pagi        :         Majlis Perasmian
                             Oleh    :         Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein**
                                                Pengarah,
                                                Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

10.00 Pagi     :         Minum Pagi

10.30 Pagi     :         Kertas Kerja II         - Rokok Pada Pandangan Agama Islam
                             Oleh    :         Ustaz Mahizan bin Mat Lazim
                                                Pegawai Agama Hospital Pulau Pinang

11.30 Pagi     :         Kertas Kerja III – Mendekati Perokok, Perspektif Seorang                                            Doktor Perubatan
                                    Oleh    :         Dr Haji Mazzan bin Md Issa
                                                Ketua Editor Manual Berhenti Merokok
                                                Pusat Promosi Kesihatan Komuniti
                                                Kementerian Kesihatan Malaysia

12.30 T/Hari   :         Makan Tengah Hari/ Bersurai


**tertakluk kepada perubahan


Isnin, 9 April 2012

13 Syarat hendak menjadi pejuang

 
 
[Pertama: Selalu mengajak pada yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar]

Ahlus Sunnah mengajak pada yang ma’ruf (kebaikan) dan melarang dari kemungkaran. Mereka meyakini bahwa baiknya umat Islam adalah dengan tetap adanya ajaran amar ma’ruf yang barokah ini. Perlu diketahui bahwa amar ma’ruf merupakan bagian dari syariat Islam yang paling mulia. Amar ma’ruf inilah yang merupakan sebab terjaganya jama’ah kaum muslimin. Amar ma’ruf adalah suatu yang wajib sesuai kemampuan dan dilihat dari maslahat dalam beramar ma’ruf. Mengenai keutamaan amar ma’ruf nahi mungkar, Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imron: 110)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan. Jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim no. 49)

[Kedua: Mendahulukan sikap lemah lembut dalam berdakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah berprinsip bahwa hendaknya lebih mendahulukan sikap lemah lembut ketika amar ma’ruf nahi mungkar, hendaklah pula berdakwah dengan sikap hikmah dan memberi nasehat dengan cara yang baik. Allah Ta’ala berfirman,

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An Nahl: 125)

[Ketiga: Sabar ketika berdakwah]

Ahlus Sunnah meyakini wajibnya bersabar dari kelakukan jahat manusia ketika beramar ma’ruf nahi mungkar. Hal ini karena mengamalkan firman Allah Ta’ala,

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

[Keempat: Tidak ingin kaum muslimin berselisih]

Ahlus Sunnah ketika menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar, mereka punya satu prinsip yang selalu dipegang yaitu menjaga keutuhan jama’ah kaum muslimin, menarik hati setiap orang, menyatukan kalimat (di atas kebenaran), juga menghilangkan perpecahan dan perselisihan.

[Kelima: Memberi nasehat kepada setiap muslim karena agama adalah nasehat]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah pun punya prinsip untuk memberi nasehat kepada setiap muslim serta saling tolong menolong terhadap sesama dalam kebaikan dan takwa. Hal ini karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« الدِّينُ النَّصِيحَةُ » قُلْنَا لِمَنْ قَالَ « لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ ».

“Agama adalah nasehat. Kami berkata, “Kepada siapa?” Beliau menjawab, “Kepada Allah, kepada kitab-Nya, kepada Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin secara umum.” (HR. Muslim no. 55)

[Keenam: Bersama pemerintah kaum muslimin dalam beragama]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah juga menjaga tegaknya syari’at Islam dengan menegakkan shalat Jum’at, shalat Jama’ah, menunaikan haji, berjihad dan berhari raya bersama pemimpin kaum muslimin baik yang taat pada Allah dan yang fasik. Prinsip ini jauh berbeda dengan prinsip ahlu bid’ah.

[Ketujuh: Bersegera melaksanakan shalat wajib dan khusyu di dalamnya]

Ahlus Sunnah punya prinsip untuk bersegera menunaikan shalat wajib, mereka semangat menegakkan shalat wajib tersebut di awal waktu bersama jama’ah. Shalat di awal waktu itu lebih utama daripada shalat di akhir waktu kecuali untuk shalat Isya. Ahlus Sunnah pun memerintahkan untuk khusyu’ dan thuma’ninah (bersikap tenang) dalam shalat. Mereka mengamalkan firman Allah Ta’ala,

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2)

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya.” (QS. Al Mu’minun: 1-2)

[Kedelepan: Semangat melaksanakan qiyamul lail]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah saling menyemangati (menasehati) untuk menegakkan qiyamul lail (shalat malam) karena amalan ini adalah di antara petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Shalat ini pun yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau pun bersemangat untuk taat kepada Allah Ta’ala. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menunaikan shalat malam. Sampai kakinya pun terlihat memerah (pecah-pecah). ‘Aisyah mengatakan, “Kenapa engkau melakukan seperti ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan akan datang?”. Beliau lantas mengatakan,

أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

“(Pantaskah aku meninggalkan tahajjudku?) Jika aku meninggalkannya, maka aku bukanlah hamba yang bersyukur.” (HR. Bukhari no. 4837)

[Kesembilan: Tegar menghadapi ujian]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah tetap teguh ketika mereka mendapatkan ujian, yaitu bersabar dalam menghadapi musibah. Mereka pun bersyukur ketika mendapatkan kelapangan. Mereka ridho dengan takdir yang terasa pahit. Mereka senantiasa mengingat firman Allah Ta’ala,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az Zumar: 10).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

“Sesungguhnya ujian yang berat akan mendapatkan pahala (balasan) yang besar pula. Sesungguhnya Allah jika ia mencintai suatu kaum, pasti Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang ridho, maka Allah pun ridho padanya. Barangsiapa yang murka, maka Allah pun murka padanya.” (HR. Tirmidzi no. 2396, hasan shahih)

[Kesepuluh: Tidak mengharap-harap datangnya musibah]

Ahlus Sunnah tidaklah mengharap-harap datangnya musibah. Mereka pun tidak meminta pada Allah agar didatangkan musibah. Karena mereka tidak tahu, apakah nantinya mereka termasuk orang-orang yang bersabar ataukah tidak. Akan tetapi, jika musibah tersebut datang, mereka akan bersabar. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ ، وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا

“Janganlah kalianmengharapkan bertemu dengan musuh tapi mintalah kepada Allah keselamatan. Dan bila kalian telah berjumpa dengan musuh bersabarlah.” (HR. Bukhari no. 2966 dan Muslim no. 1742)

[Kesebelas: Tidak berputus asa dari pertolongan Allah ketika menghadapi cobaan]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah tidak berputus asa dari rahmat Allah ketika mereka mendapati cobaan. Karena Allah Ta’ala melarang seseorang untuk berputus asa. Akan tetapi pada saat tertimpa musibah, mereka terus berusaha untuk mencari jalan keluar dan pertolongan Allah yang pasti datang. Mereka tahu bahwa di balik kesulitan ada kemudahan yang begitu dekat. Mereka pun senantiasa introspeksi diri, merenungkan mengapa musibah tersebut bisa terjadi. Mereka senantiasa yakin bahwa berbagai musibah itu datang hanyalah karena sebab kelakuan jelek dari tangan-tangan mereka (yaitu karena maksiat yang mereka perbuat). Mereka tahu bahwa pertolongan bisa jadi tertunda (diakhirkan) karena sebab maksiat yang dilakukan atau mungkin karena ada kekurangan dalam mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Karena Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. Asy Syura: 30).

Ahlus Sunnah tidak bersandar pada sebab-sebab yang baru muncul, kejadian duniawi atau bersandar pada peristiwa-peristiwa alam ketika mendapat ujian dan menanti datangnya pertolongan. Mereka tidak begitu tersibukkan dengan memikirkan sebab-sebab tadi. Mereka sudah memandang sebelumnya bahwa takwa kepada Allah Ta’ala, memohon ampun (istighfar) dari segala macam dosa dan bersandar pada Allah serta bersyukur ketika lapang adalah sebab terpenting untuk keluar segera mendapatkan kelapangan dari kesempitan yang ada.

[Keduabelas: Tidak kufur nikmat]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah begitu khawatir dengan akibat dari kufur dan pengingkaran terhadap nikmat. Oleh karena itu, Ahlus Sunnah adalah orang yang begitu semangat untuk bersyukur pada Allah. Mereka senatiasa bersyukur atas segala nikmat, yang kecil atau pun yang besar. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Muslim no. 2963)

[Ketigabelas: Selalu menghiasi diri dengan akhlaq yang mulia]

Ahlus Sunnah selalu menghiasi diri dengan akhlaq yang mulia dan baik. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang baik akhlaqnya.” (HR. Tirmidzi no. 1162, Abu Daud no. 4682 dan Ad Darimi no. 2792, hasan shahih)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَىَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّى مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا

“Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang bagus akhlaqnya.” (HR. Tirmidzi no. 2018, shahih)

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ

“Sesungguhnya seorang mukmin akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan shalat dengan ahlak baiknya.” (HR. Abu Daud no. 4798, shahih)

مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ

“Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai derajat orang yang berpuasa dan shalat.” (HR. Tirmidzi no. 2003, shahih)
 
 
sumber.......... 

Jumaat, 6 April 2012

PAMERAN FOSSIL OF THE CHLAKS KOLEKSI PERIBADI PENOLONG PENGARAH TAKMIR JHEAIPP SEMPENA PROGRAM KEMENTERIAN DALAM NEGERI KDN PULAU PINANG



FOSSIL DAN MOLUSKA (MERENTAS ZAMAN)

Kewujudan planet bumi ini sudah lama. Namun ia ada permulaan dan akan mempunyai masa pengakhirannya dengan kemusnahan seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui dan lagi Maha Pentadbir serta Maha Kuasa di alam maya pada ini.

Ilmu Paleontology atau yang berkaitan dengan pencarian makna hidupan zaman dan masa dahulu menjadikan manusia kembali kepada al Khaliq Maha Pencipta. Namun amat kurang umat Islam terjun ke bidang yang menyajikan susur galur kepada sejarah dunia ini yang begitu mengagumkan kepada mereka yang suka melakukan observation

Allah SWT berfirman dalam surah al Ankabut ayat 20:

                     

20. Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi[1147]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

[1147] Maksudnya: Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat










Petikan kalimah-kalimah terpilih dalam ayat:



Katakanlah (oleh mu wahai Muhammad): "Berjalanlah di (muka) bumi

Anjuran supaya melakukan ekspedisi dan pengembaraan merantau ke seluruh pelusok alam ciptaan Tuhan menjadi teras dalam ayat ini. Perkataan sendiri menggambarkan satu bentuk perjalanan yang diulang-ulang banyak kali di dalam kitab suci al Quran yang mengesahkan lagi bahawa kita tidak boleh duduk diam berpeluk tubuh sahaja. Perjalanan yang beribu-ribu batu itu dimulakan dengan satu langkah. Untuk berjaya sifat statik perlu dibuang untuk memulakan larian kepada peradaban dan keilmuan.













atau planet bumi jika ditinjau merupakan ciptaan Allah swt yang amat cantik dan sesuai untuk penghidupan manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Planet ini ada sejarahnya. Seperti sejarah manusia yang dimulakan oleh Adam dan Hawa. Maka bumi pun begitu. Maka catatan sejarah bumi memang telah ditulis. Hanya mereka yang berjalan dapat membaca catatan yang ditulis oleh bumi dalam menceritakan masa silamnya









Maka perhatikanlah

Kita mengaji dan mengkaji. Rehlah kita adalah rehlah ilmiah bukan sekadar makan angin. Hasil dari kajian dan pemerhatian atau observation merupakan perkataan yang tajam dari Allah swt. Bukan sekadar melihat dengan mata kepala kita tetapi dengan mata hati agar ciptaan-ciptaan Tuhan yang kita lihat tidak menjadi sia-sia belaka.









Bagaimana


Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya









30. Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?