Khamis, 8 April 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID DAN HAL EHWAL KARIAH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/10

8 April 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bil. 1/10 telah diadakan di bilik Mesyuarat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Haji Salleh bin Man, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Y.B. Tuan Haji Salleh bin Man, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sedang mempengerusikan mesyuarat.

Agenda Mesyuarat :
i. Pembukaan dan Ucapan Pengerusi
ii. Ta'aruf
iii. Pembentangan Isu Kariah :
a. Peletakan Jawatankuasa Kariah
b. Pelantikan Semula Pegawai Masjid
iv. Perbincangan :
a. Kaedah Pengisian Semula Jawatankuasa Kariah
b. Pelantikan Pegawai Masjid 2011-2012
v. Hal-hal Lain
vi. Penutup

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Us. Hj Suleh Wan Kurdi, Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang 


Pegawai -Pegawai Tadbir Agama yang turut menganggotai jawatankuasa ini.

Pegawai Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang turut diberi kepercayaan menganggotai ahli jawatankuasa Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan