Khamis, 22 April 2010

KULIAH MAGHRIB SETIAP HARI RABU DI MASJID AR RAHMAH BATU FERINGGHI DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG

Setiap hari Rabu Masjid Ar Rahmah Batu Feringghi mengadakan kuliah Maghrib menggunakan Kitab Tafsir Juz 'Amma karangan Al 'Allamah Al Adib Al Jama'in Abdul Murad Sumatera Barat. Kuliah disampaikan oleh al-fadhil Us Hj Muhammad Imran bin Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.


Gambar lama masjid Ar Rahmah sebelum diubah suai denga pembinaan baru


Pengajian sekarang sedang membahas dan menghuraikan surah An-Naba' yang bermaksud "Berita"

SURAH AN NABA’ (BERITA)

Surah Makiah ayatnya 40 Surah ke 78

Allah SWT memulakan surah ini dengan suasana yang menyelubungi orang-orang Quraisy ketika Rasulullah mengumumkan bahawa baginda adalah pesuruh Allah. Pengumuman itu memberikan impak yang cukup besar hinggakan orang-orang di bumi Mekah terbahagi kepada 3 kelompok:
1-kelompok pertama:-orang yang terus beriman dan percaya kepada baginda dengan apa yang dikhabarkan itu.
2-kelompok kedua:-orang yang mahu melihat bukti-bukti dan tanda-tanda kenabian yang ada pada baginda terlebih dahulu.
3-kelompok ketiga:-orang yang tidak mahu membenarkan dan tidak berusaha untuk mencari kebenaran malah mencari kesalahan  baginda. Ada juga terdapat melihat kepada golongan majoriti. Jika majoriti tidak percaya maka dia pun jadi tidak percaya begitulah sebaliknya. Lantas Allah SWT menyatakan senario yang berlaku dalam ayat 1-5:
1. Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?

2. Tentang berita yang besar[1544],

[1544] yang dimaksud dengan berita yang besar ialah berita tentang hari berbangkit.

3. Yang mereka perselisihkan tentang ini.

4. Sekali-kali tidak[1545]; kelak mereka akan mengetahui,

[1545] Ini adalah sanggahan terhadap pendapat orang-orang kafir Mekah yang mengingkari hari berbangkit dan hari kiamat.

5. Kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka Mengetahui.



Dalam ayat 6-16 pula Allah mengajak manusia agar merenung dan memikirkan segala penciptaanNya baik di langit atau di bumi. ayat 6-11 Allah meminta manusia melihat benda yang ada di sekeliling mereka. Yang nyata di hadapan mereka. bermula dengan bumi yang dipijak, gunung yang terpacak, semua makhluk yang terdiri berpasangan (lelaki perempuan, jantan betina, positif negatif, besar kecil, tinggi panjang, utara selatan dan lain-lain), tidur manusia, kejadian malam, siang,

6. Bukankah kami Telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?,

7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?,

8. Dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan,

9. Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat,

10. Dan kami jadikan malam sebagai pakaian[1546],

[1546] malam itu disebut sebagai pakaian Karena malam itu gelap menutupi jagat sebagai Pakaian menutupi tubuh manusia.

11. Dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,



Ayat 12-16 Allah mahu  manusia melihat ke arah langit untuk menilai diri sendiri dan agar manusia mengetahui siapa khaliq dan siapa makhluk, siapa tuan dan siapa hamba, siapa kuat dan siapa yang lemah, siapa pengatur dan siapa yang diatur.
12. Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh,

13. Dan kami jadikan Pelita yang amat terang (matahari),

14. Dan kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah,

15. Supaya kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,

16. Dan kebun-kebun yang lebat



Diantara jemaah yang hadir semasa kuliah

* bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan