Ahad, 11 April 2010

PROGRAM RANTAIAN KASIH SEK MEN KEB SG ARA PULAU PINANG-MASJID NEGERI PULAU PINANG

Masjid Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Imam Besar Tn Hj Yusuff b Ahmad

10 April 2010 bertempat di dewan syura Masjid Negeri Pulau Pinang telah berlangsung program bina syaksiah Rantaian Kasih pelajar-pelajar SMK Sg Ara yang berkampung di sini dari 9 hingga 11 April 2010. Program seumpama ini dilaksanakan untuk mendidik pelajar agar kembali ke landasan yang betul dan mengetahui matlamat kehidupan di dunia ini disamping mendekatkan diri mereka ke masjid.


Pelajar-pelajar SMK Sg Ara begitu bersemangat menyanyikan lagu tema program  DEMI MATAHARI

Modul yang digunakan ialah 4 modul bina insan dari Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP yang berpandukan modul Bina Insan JAKIM. Modul tersebut ialah :
1. Pemantapan Akidah
2. Ibadah
3.Alam untuk Mengenal Pencipta
4. Akhlak


Di antara pelajar perempuan SMK Sg Ara


Us Muhammad Imran menjadi penceramah slot Ibadah dan Pemantapan Akidah

Peserta lelaki khusyuk mendengar ceramah

Latihan Dalam Kumpulan dan riadhah telah memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan merapatkan ukhuwah sesama mereka.

Remaja perlu didekatkan ke masjid dengan mengadakan program seumpama ini melatih mereka agar menyayangi masjid kerana masjid pusat kekuatan umat Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan