Selasa, 27 April 2010

GAMBAR SEKITAR MALAM PERTAMA PROGRAM RAKAN SETIA MASJID-UNTUK PENAGIH DADAH PRA BEBAS

Berwirid selepas solat fardhu Isya'


Di imamkan oleh imam masjid Taman Guar Perahu


Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang, penceramah dan Penyelaras Program Us zaki dari JAKIM


Di antara peserta yang sedang bersiap sedia mengikuti program Muhasabah Diri


Urusetia JAKIM bertungkus lumus menyiapkan LCD dan projektor serta laptop untuk digunakan dalam program malam ini

Dibahagian belakang adalah ahli jawatankuasa Masjid Taman Guar Perahu yang turut berminat untuk mengikuti program Muhasabah diri


Ustaz Salahuddin Sulaiman Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara Butterworth sedang menyampaikan cerita Singa, manusia, telaga, tikus dan ular anaconda


Program berkahir 10.30 malam dan peserta tidak bosan mendengar ceramah yang disampaikan

26 April 2010. Bermulalah program Rakan Setia Masjid anjuran Bahagian KESUMA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang selama 5 hari 5 malam. Peserta terdiri daripada mereka yang sedang menjalani pemulihan dadah di PUSPEN Kg Selamat dan PUSPEN Bukit Mertajam. Muhasabah pada malam ini menekankan pentingnya berubah kepada kebaikan dan mengingati mati adalah jalan yang terbaik sebagai perisai kepada kejahatan yang hendak dilakukan. Kata-kata yang masyhur daripada Saidina Umar r.a " Hisablah(hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihisab dihadapan Allah. Dan timbanglah amalan kamu sebelum ianya ditimbang dihadapan Allah" .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan