Selasa, 20 April 2010

LAPORAN ANALISA PEMANTAUAN KELAS PENGAJIAN TAKMIR NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2009


1. TUJUAN




Kertas Laporan Analisa Pemantauan Kelas Pengajian Takmir Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2009 ini dikemukakan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menilai prestasi perlaksanaan kelas pengajian takmir dan memohon pandangan serta cadangan daripada semua untuk penambahbaikan kelas pengajian takmir di negeri Pulau Pinang.


2. LATARBELAKANG


2.1 Program Takmir Masjid dan Surau adalah satu program pengajian Agama Islam secara tidak formal di masjid-masjid dan surau-surau yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia melalui penyelarasan dan pembiayaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



2.2 Di Negeri Pulau Pinang program ini telah pun bermula semenjak ianya diperkenalkan oleh JAKIM iaitu pada tahun 1985. Sehingga kini terdapat lebih kurang 180 orang guru takmir, 200 buah masjid qaryah
dan 430 buah surau yang telah ditakmirkan dan jumlah kelas dalam sebulan adalah sebanyak 1348 buah kelas sedang berjalan.



2.3 Guru Takmir adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mereka diberi tugas untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada masyarakat, membenteras ajaran yang menyeleweng dan sesat, serta memakmurkan masjid dan surau sebagai pusat penyebaran Agama Islam.



2.4 Kelas Pengajian Takmir ini mendapat sambutan daripada kalangan masyarakat, terutama dari golongan dewasa ke atas. Secara tidak langsung kelas pengajian takmir banyak membantu di dalam usaha pengimarahan masjid. Dengan adanya kelas pengajian ini maka masjid dan surau akan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.



2.5 Kelas pengajian takmir ini diselia dan dipantau oleh Pegawai Penyelaras Masjid di setiap daerah. Laporan akan di hantar ke Jabatan kepada Unit Takmir pada setiap bulan untuk melihat perkembangan perjalanan kelas tersebut.



3. OBJEKTIF



3.1 Untuk mengkaji keberkesanan kelas pengajian takmir yang dijalankan di masjid dan surau.

3.2 Menilai prestasi dan komitmen guru-guru takmir yang mengajar.

3.3 Melihat sambutan masyarakat ke atas kelas pengajian takmir.

3.4 Mengkaji kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran kelas takmir.



4. MEKANISMA DAN SKOP PEMANTAUAN



4.1 Pemantauan di laksanakan Oleh PPMD di masjid da surau yang dijadualkan

4.2 Mekanisma pemantauan adalah seperti berikut :

(i) Laporan Pemantauan oleh PPMD (setiap bulan)

(ii) Laporan maklumbalas pelanggan yang diedarkan kepada jemaah atau AJK yang mengikuti kelas pengajian takmir.(sekurangnya setahun sekali)



4.3 Skop pemantauan adalah seperti berikut :



(a) Pemantauan oleh PPMD:

(i) Nama Guru

(ii) Tajuk Kitab

(iii) Nama Masjid/Surau

(iv) Menepati Tajuk

(v) Persediaan sebelum mengajar

(vi) Keterampilan

(vii) Nada suara

(viii) Masa pengajian

(ix) Penjelasan al-Quran/Hadis



(b) Maklumbalas pelanggan:

(i) Tajuk Pengajian

(ii) Nama masjid/surau

(iii) Menepati tajuk

(iv) Huraian fakta/isi

(v) Keterampilan

(vi) Nada suara

(vii) Kelancaran

(viii) Pembacaan ayat al-Quran dan Hadis



4.4 Skala pemarkahan adalah seperti berikut:



(i) 1-Cemerlang

(ii) 2-Baik

(iii) 3-Sederhana

(iv) 4-Lemah





5. Komentar dari PPMD



(i) Secara keseluruhan kelas pengajian takmir berjalan dengan baik dan mendapat sambutan dari masyarakat. Takmir symbol pengimarahan di masjid/surau Pulau Pinang.

(ii) Namun begitu guru-guru takmir perlu diberi latihan dan kursus peningkatan kualiti agar teknik penyampaian akan lebih menarik dan berkesan.

(iii) Kurikulum Baru yang baru dilancarkan telah menyuntik semangat guru takmir untuk berdakwah.

(iv) Terdapat guru takmir yang tidak dapat mengikuti kelas tafaquh yang diadakan kerana tugas rasmi di siang hari.

(v) Menambah bilangan guru takmir dan melantik guru-guru yang lebih muda kerana ada beberapa guru takmir yang uzur dan tidak mampu untuk mengajar kesemua kelas yang dijadualkan

(vi) Buka kelas takmir lebih banyak untuk kaum ibu kerana permintaan yang tinggi dari kaum ibu namun guru wanita yang berkurangan.

(vii) Ada sesetengah masjid dan surau yang bilangan jemaahnya kurang memuaskan. Namun program ini sebenarnya adalah syiar hidupnya sesuatu masjid itu.



6. Komentar dari maklumbalas pelanggan.



(i) Keseluruhan kelas pengajian takmir berjalan dengan baik

(ii) Mohon tambah bilangan kelas pengajian

(iii) Naikkan elaun guru takmir

(iv) Guru takmir perlu ada daya penarik dan teknik penyampaian yang lebih berkesan.

(v) Guru takmir perlu diberi kursus dan latihan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

(vi) Perlunya guru takmir yang muda dan berkebolehan untuk tampil menggantikan guru lama yang sudah uzur.

(vii) Kebanyakan guru takmir berilmu dan berkebolehan untuk mengajar tetapi gaya dan cara penyampaian kurang menarik perhatian peserta. Guru-guru perlu sentiasa diberi pendedahan hal berikut.

(viii) Para jemaah perlu diberikan kitab atau bahan rujukan yang sama dengan guru takmir supaya pemahaman lebih mendalam dan ilmu yang disampaikan lebih berkesan.





7. SWOT



7.1 Strength (kekuatan)



(i) Peruntukan kewangan dari JAKIM

(ii) Pemantauan dan penyeliaan daripada Pegawai Takmir Negeri dan PPMD

(iii) Kerjasama AJK Qaryah



7.2 Weaknesses (kelemahan)



(i) Keadaan guru takmir yang sudah tua dan uzur.

(ii) Teknik penyampaian dan pembelajaran yang kurang menarik dan kurang berkesan

(iii) Kurang bersedia dengan kitab rujukan



7.3 Opportunity (peluang)



(i) Bantuan daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Pusat Urus Zakat)

(ii) Masjid dan surau yang belum ditakmirkan dan yang baru dibina

(iii) Golongan muda yang berilmu dan berkebolehan boleh dilantik untuk menjadi pelapis kepada guru lama

(iv) Tawaran kursus dari JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

(v) Kelas tafaqquh yang dijalankan di setiap daerah dapat membantu kepada peningkatan ilmu dan kefahaman yang mendalam kepada guru takmir



7.4 Threat ( Ancaman)



(i) Penceramah yang tidak bertauliah bebas memberi ceramah di masjid/surau. Terdapat jemaah tabligh yang tidak mahu turut serta dalam kelas pengajian.

(ii) Kurang kerjasama daripada setengah Ahli jawatankuasa masjid/surau

(iii) Kurang sambutan daripada jemaah



8. SYOR/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.



(i) Memberi latihan dan kursus peningkatan profesionalisme guru takmir

(ii) Mengadakan multaqa/ijtimak guru takmir peringkat negeri Pulau Pinang dan Kebangsaan

(iii) Pemerhatian dan Pemantau yang lebih menyeluruh oleh Pegawai dan PPMD.





9. PENUTUP



Semoga dengan laporan yang disediakan di atas bagi tahun 2009M /1431H dapat menarik perhatian semua masyarakat dan dapat mengambil inisiatif serta beberapa langkah positif untuk memperbaiki dan memperkasakan lagi kelas pengajian takmir di negeri Pulau Pinang.







Disediakan oleh:



Unit Takmir,

Bahagian Pengurusan Masjid/Surau

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan