Ahad, 11 April 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM "BERILAH PELUANG AKU HIDUP"

Minum teh tarik disebuah kedai berhampiran Hotel Seri Malaysia Kepala Batas selepas perbincangan soalan

9 April 2010. bertempat di dewan orang ramai Kg. Setol, Pinang Tunggal Kepala Batas telah berlangsung satu forum perdana hal ehwal Islam, anjuran Pejabat Exco Hal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama JKKK Pinang Tunggal, Lahar Tiang, Kubang Menerong dan Paya Keladi Kepala Batas yang telah membincangkan mengenai isu-isu terkini berkenaan dengan gejala pembuang bayi yang semakin berleluasa dikalangan masyarakat Melayu Islam dan juga bangsa lain di negara kita ini. Dengan gandingan mantap panel-panel jemputan seperti :

1. Ustaz Hj Dzulkarnain bin Hamzah-Pengacara Kalam Suci (Astro Oasis)
2. Ustaz Hj Haslin bin Baharim (Penceramah Bebas)
3. Ustaz Abdullah Khairi b Hj Haroon ( Pakar Motivasi)
Forum ini telah dimoderatorkan oleh Ustaz Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.


Moderator dan ahli panel bersiap sedia menunggu sebelum dijemput ke atas pentas


Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP menjadi moderator forum ini

Pulau Pinang menduduki ranking ke empat dalam kes pembuangan bayi ini maka ahli panel telah membahaskan apakah  pengertian matlamat hidup  dan juga mencari kepincangan ini bermula dengan apa dan oleh siapa.


Ketiga Panel sedang sebuk mencatatkan isi-isi penting yang akan diulas bersama.

Us Hj Haslin sedang menceritakan kesah pembuangan bayi di negara ini dan sikap masyarakat yang perlu di terapkan agar gejala ini dapat dibasmi.

Smoke, screen, song, sport dan sex merupakan faktor yang telah dibincangkan oleh ustaz Dzulkarnain dan telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh ke 3 ahli panel.

Program berakhir pada jam 12.00 tengah malam dengan jayanya membawa masej tanggungjawab ini perlu dipikul dibahu semua orang termasuk masyarakat. Dan hadith Nabi SAW mengenai siapa yang melihat kemungkaran "Man Ra a Min Kum Munkaran" perlu diterapkan agar gejala ini semakin berkurangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan