Rabu, 7 April 2010

MESYUARAT PROGRAM RAKAN SETIA MASJID JAKIM - NEGERI PULAU PINANG

Turut hadir Pegawai Tadbir Agama Seberang Perai Tengah dan Pengerusi Rukun Tetangga, Taman Guar Perahu.



Rabu 7 April 2010. Atas matlamat program untuk menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan kepada bekas penagih dadah prabebas "Program Rakan Setia Masjid" maka satu mesyuarat penyelarasan Program Rakan Setia Masjid Negeri Pulau Pinang 2010 di adakan di Pusat Aktiviti Rukun Tetangga, Taman Guar Perahu, Seberang Perai Tengah. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini membincangkan serta pembentangan kertas kerja bagi melicinkan program tersebut.



Us Irwan wakil BAKA Polis Pulau Pinang dan AADK serta Jawatankuasa Qaryah Masjid Taman Guar Perahu.

Program yang akan diadakan pada 26-30 April 2010, Masjid Taman Guar Perahu ini bertujuan merangsang dan menggalakkan bekas penagih dadah mengamalkan nilai-nilai murni, memberikan keyakinan kepada bekas penagih untuk kembali kepada masyarakat dengan cara hidup sehat dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap bekas penagih dadah dengan tanggapan positif. Para peserta seramai 30  orang adalah dipilih daripada pelatih yang dikategorikan sebagai pra bebas (putih) daripada PUSPEN Kg. Selamat dan PUSPEN Bukit Mertajam.

Penolong Pengarah Takmir menjadi urusetia bersama bagi program Cawangan Sosial, Bahagian KESUMA JAKIM.


Latarbelakang secara ringkas ialah JAKIM telah melaksanakan program Menjadikan Masjid Sebagai Tempat Persinggahan Bekas Penagih dadah Prabebas semenjak tahun 2004 hingga sekarang. program pertama atau perintis telah pun berjaya di adakan di Masjid Jamek Daerah Alor Gajah Melaka pada 11 September - 20 Oktober 2004 seterusnya diikuti di tempat lain seluruh negara.
Pengerusi bersama Us. Zakuan KPP Cawangan Sosial JAKIM, Us. Ayob KPP Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHAEIPP dan Us Abu Bakar Bakilani Pengerusi Masjid Taman Guar Perahu, merangkap PPMD Butterworht.


Program yang diadakan ini adalah kali ketiga (3) kali dilaksanakan kepada peserta PUSPEN Kg Selamat dan Bukit Mertajam Pulau Pinang selepas tahun 2006 di Masjid Negeri dan 2007 di Masjid Khongsi Balik Pulau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan