Isnin, 12 April 2010

TARAF MANUSIA SUDAH MENJADI SAMPAH

     Sedar atau tidak sedar nilai diri seorang insan sudah menjadi sampah sarap yang tidak berguna dan bernilai. Dibuang dan dibakar sesuka hati tanpa mempedulikan makna insani. Namun kalau difikirkan sampah sarap pun mempunyai harganya. Dikitar semula untuk menjadi barangan lain yang manafaatnya boleh dinakmati oleh manusia. Kisah pembuangan bayi terus dan akan terus berlaku. Soalannya dimanakah titik noktah penganiayaan terhadap si kecil yang tidak berdosa akan berakhir? Siapakah yang harus dipersalahkan? Maka lagu "Bangau Oh Bangau" kembali berkumandang memekakkan telinga dengan pandangan-pandangan "ashabu teori wa la ashabu 'amali" yang hanya berkokok ikut musim. Musin hujan maka kokokannya bernada lain sementara musim panas lainlah pulakedengaran lagunya.

    Kes-kes seumpama ini amat merisaukan dan menyayat hati tanda kepupusan sifat kemanusiaan dalam diri insan yang bergelar orang Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Unit Takmir menyeru kepada umat Islam agar mengambil langkah yang drastik untuk menjauhi diri mereka dan keluarga mereka dari gejala-gejala yang menjerumuskan ke lembah kehinaan dan azab api  neraka.

    Marilah kita memenuhi masjid-masjid dan surau-surau di negeri Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh tuan guru dan ustazah Takmir demi memastikan jiwa kita sentiasa dibersihkan dengan peringatan dan amalan. Konsep dalam hadith Nabi SAW iaitu "Man ra aa minkum munkaran" sudah menjadi perkara wajib demi mengatasi masalah penyakit masyarakat kini. Ingatlah apabila 2 perkara telah zahir dan nyata iaitu
1. Pergaduhan dan perpecahan sesama umat Islam sudah tidak dapat diselamatkan dan ;
2. Akhlak muda mudi Islam runtuh (kes pembuangan bayi yang semakin meningkat adalah menifestasi dan gambaran perzinaan telah berleluasa);

   Maka sukar untuk dibayangkan pembalasan yang Allah SWT akan timpakan ke atas kita. Wal'iyazubillah!Sama ada Allah mahu memberikan penyakit-penyakit yang tidak ada dan sukar penawarnya, gempa atau diganti dengan kaum yang lain kita pohonkan Rahmat dan Pengampunan Daripada Allah agar tidak menyeksa kita dengan dosa dan kelalaian kita ini.
Info boleh dipetik dari sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan