Isnin, 12 April 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM "RASULULLAH PEMANGKIN PERPADUAN UMMAH"

11 April 2010 bertemapt di dataran Kuala Muda, Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah berlangsung satu lagi Forum Perdana yang bertajuk " Rasulullah Pemangkin Perpaduan Ummah". Forum ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP di panelkan oleh:
1. Yang Berbahagia Ustaz Haji Elias b Zakaria-Yang di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
2. Yang Berbahagia Ustaz Hj Roslan b Che Ros-Pegawai Pendidikan Pejabat Agama Daerah Seberang     
    Perai Selatan.

Ustaz Roslan Che Ros sedang menyampaikan hujah-hujahnya berkaitan dengan perpaduan umat Islam. Beliau mengambil pengiktibaran ayat dari surah Ali Imran yang mana pentingnya "Hablun Minnallah wa Hablum Minannas"

Program anjuran bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pejabat Agama Kepala Batas Daerah Seberang Perai Utara dan Qaryah Kg Kuala Muda di bawah program Projek Khidmat Masyarakat PERMATA 10.

Menyedari kepentingan dan tanggungjawab untuk sama-sama menyokong usaha murni pihak berwajib, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Kolej 'Uthman Ibn 'Affan dan Kolej Asma' UIAM telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan satu program Khidmat Masyarakat yang dikenali sebagai PERMATA 10(9-14 April 2010). Dan Kg Kuala Muda telah terpilih dalam program kali ini.

Pegawai Tadbir Agama Kepala Batas, Daerah Seberang Perai Utara Al Fadhil Ustaz Anuar b Ismail sedang menyampaikan ucapan.


Objektifnya ialah :
1. Bagi meluaskan dan mengukuhkan lagi persefahaman di antara mahasiswa/wi UIAM, agensi-agensi atau badan-badan kerajaan dengan masyarakat setempat
2. bagi membina dan memupuk sikap tanggungjawab dan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
3. Bagi mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan ahli masyarakat
4. bagi membantu generasi muda untuk lebih berjaya dalam akademik atau kerjaya mereka.

Di dalam forum ini membahaskan sejarah perpaduan umat Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW hingga kepada kerajaan yang pernah bertapak di dunia ini. Faktor-faktor perpecahan umat Islam baik dari segi politik, perbezaan pendapat dalam bab furu' atau cabang, ajaran-ajaran sesat yang terus memecah belahkan perpaduan masyarakat hingga umat di lihat semakin lemah. Mengambil intipati semangat Rasulullah semasa berhijrah yang mempersaudarakan orang Muhajirin dan orang Ansar telah menerbitkan kekuatan Islam di bumi Madinah. Umat Islam tidak lagii boleh diperkotak katikkan oleh orang Yahudi dan munafik apatah lagi musuh dari luar iaitu kaum Musyrikin Mekah.


Masyarakat Islam perlu sedar akan kelemahan mereka dan perlu bangun dari tidur yang lena dan mencapai tangan-tangan perpaduan demi kemulian agama Islam itu sendiri.

Dunia Islam mempunyai 56 buah negara OIC dan mempunyai Liga Arab yang dilihat hanya sebagai pemerhati yang tidak mampu berbuat apa-apa apabila umat Islam ditindas hasil perpecahan mereka sendiri. Dalam perbincangan juga beberapa soalan telah diajukan kepada panel mengenai krisis keyakinan yang melanda umat Islam.

Para pendengar diseru agar kembali ke masjid demi perpaduan ummah kerana di situlah punca kekuatan umat Islam. Masjid makin sepi dan dipinggirkan adalah petanda atau kpi kepada kelemahan dan perpecahan umat yang semakin gawat. Tidak perlu untuk membicarakn mengenai kecemerlangan ummah jika masalah-masalah yang berkaitan masjid masih tidak dapat diselesaikan. Marilah semua kita mengenepikan perbezaan demi perpaduan dan kecemerlangan umat Islam kembali menyinari bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan