Ahad, 25 April 2010

CERAMAH ANJURAN KOPERASI SG GELUGOR DAN JABATAN HAL EHWAL KHAS PULAU PINANG

Tajuk Penyatuan Ummah. Tapi ada orang yang tergelak sinis apa bila tajuk ini disampaikan. Ada yang tidak suka apabila ummah  nak bersatu. Ada yang ambil sikap tidak peduli. Ada yang menyatakan buang masa. Ada yang tidak mahu ambil berat. Ada yang sudah alegik. Ada yang saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Ada yang mengatakan : Cobaan.!..Cobaan! (baca dalam lenggok filem Bujang Lapok)...dan lain-lain.
Jika beginilah sikap kita sampai kiamat pun ummah tidak akan bersatu.
Tempat penyatuan ummah adalah di masjid. Kerana itu Rasulullah begitu sayang akan rumah Allah ini. Namun sebahagian masjid kini menjadi gelanggang silat antara pentadbirnya, imam, bilal, siak dan jemaahnya sendiri.
Ummah perlu muhasabah diri dan melihat kepada cermin sejarah Islam hanya dengan penyatuan ummah ini Islam akan gemilang.
3 perkara yang menjadi sebab perpecahan ummah di negara kita: politik, bid'ah tak bid'ah dan ajaran sesat. Renung-renungkanlah wahai ummah.
Aktiviti-aktiviti yang boleh membantu proses penyatuan ummah yang dituntut dalam Islam:
1-SENTIASA SOLAT BERJEMAAH DI SURAU, MASJID DAN DI RUMAH BERSAMA KELUARGA.
2-MENGHADIRI MAJLIS WALIMATUL 'URUS TERUTAMA YANG BERDEKATAN
3-MENZIARAHI ORANG SAKIT TERUTAMA BERHAMPIRAN
4-MENGHADIRI MAJLIS BACAAN TAHLIL, YASIN YANG DI BUAT DALAM QARYAH
5-BERSAMA AHLI MASYARAKAT DALAM MAJLIS GOTONG ROYONG
6-HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN, ULAMAK, UMARA' DAN MASYARAKAT
7-SENTIASA HADIR DALAM MAJLIS ILMU DALAM KAWASAN QARYAH
8- SENTIASA BERPERASAAN MERENDAH DIRI DALAM APA JUA KEADAAN

Perkara yang kena dijauhi :
1-TIDAK MENGHAYATI AJARAN ISLAM YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN
2-MEMBENTUK PUAK-PUAK DALAM MASYARAKAT
3-MENYISIHKAN DIRI DARI AKTIVITI KEMASYARAKATAN
4-IBU BAPA YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT KEGIATAN ANAK-ANAK DI DALAM ATAU LUAR KAWASAN TEMPAT TINGGAL
5-PERGAULAN BEBAS DAN MENCERITAKAN HAL-HAL KEBURUKAN ORANG LAIN
6-TIADA SIKAP DAN SIFAT TOLONG MENOLONG ANTARA AHLI MASYARAKAT
7-MELAKUKAN PERKARA YANG MENYALAHI SIFAT DAN PERLAKUAN SEORANG MANUSIA
8-SELALU MELAKUKAN MAKSIAT DAN TIADA SEBARANG USAHA PENCEGAHAN
9-TIDAK MENGHIRAUKAN TEGURAN KHUSUSNYA ORANG TUA DAN IBU BAPA
10-MENJAUHKAN DIRI DARI MASYARAKAT DAN BERSIKAP "AKU TIDAK SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan