Ahad, 25 April 2010

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW DI SURAU KG ASAM, JELUTONG PULAU PINANG

Kaum wanita mendengar santapan rohani selepas santapan telinga (marhaban)

24 April 2010 jam 11.15 pagi bertempat di Surau Kg Asam Jelutong satu aktiviti marhaban telah diadakan oleh Pergerakan Wanita Jelutong yang di ketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Sharifah Aminah. Selepas marhaban satu ceramah berkaitan Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Takmir diadakan. Dalam ceramah ini turut disentuh petua bagi meningkatkan ukhuwah seperti yang Rasulullah SAW buat iaitu 3 S:
1-Senyum 2 inci
2-Salam Semut
3-Sahabat Sejati


Ucapan aluan daripada Dato' Sharifah kepada seluruh kaum wanita yang memenuhi ruang surau sebelum menjemput Penolong pengarah Takmir untuk memberikan ceramah berkaitan maulidur rasul

Dato' Sharifah Aminah dalam satu wawancara di TV

Majlis berkahir dengan jamuan makan tengah hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan