Isnin, 16 Ogos 2010

UFUK MERAH YANG TAK KUNJUNG PADAM

SOLAT JAMAK TAMAM DI BELFAST ISLAMIC CENTER


Saya berpeluang ke Islamic Center di Belfast ini. Kedatangan saya ke sini terasa begitu syahdu sekali. Kerana Islamic Center ini pernah menerima seorang imam (Minister of Religion di Belfast Islamic Center) juga merupakan sahabat saya dari Sekolah Menengah Izzuddin Shah lagi walaupun atas dari saya setahun, al fadhil Ustaz Hasrizal b Abdul Jamil a.k.a saifulislam.com. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana beliau berdakwah di sini ketika itu. Ya Haya Kallah Ya Ustaz!. Suasana di sini menuntut pengorbanan dan dakwah yang berterusan. Namun saya menjejaki dan menitip setiap butir perjuangan beliau di bumi Belfast ini. http://saifulislam.com/?p=963  Sungguh mengkagumkan. InsyaAllah Islamic Center ini akan diperbesarkan dan kini ianya memerlukan dana dan sumbangan dari kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Khalid membawa kami untuk solat Maghrib. Tetapi amat berlainan sekali kerana kami solat Jamak Tamam (solat Maghrib di jamak dengan Isyak dimana tiada qasar untuk solat Isya’). Ini kerana cahaya sopak merah waktu Maghrib di langit Ireland Utara ini tidak akan hilang hingga pukul 2.00 pagi. Tidak diketahui bilakah masuknya waktu Isya’. Maka mereka berijtihad untuk jamak tamam antara Isya’dan Maghrib.

The Belfast Islam Centre (BIC), secara rasmi dibentuk pada tahun 1977, adalah Masjid terbesar di Northern Ireland. Masjid melayani keperluan seluruh penduduk Muslim di Ireland Utara yang dianggarkan sekitar 4000 orang Muslim. Solat harian, Solat Jumaat, Aidil Fitri , Urusan Perkuburan dan jenazah & Sembahyang Tarawih adalah salah satu daripada aktiviti penting yang diadakan di tengah. Masjid juga menyelenggarakan beberapa program sosial bagi masyarakat seperti perhimpunan Bulanan, lingkaran Pengajian Perempuan dan Perhimpunan Tahunan Young Muslim Gathering. Masjid juga menyediakan prosedur dan prosesu untuk pernikahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan