Jumaat, 13 Ogos 2010

BAARIKILLA HUMMALANA FI SYARU RAMADHAN

Ramadhan datang lagi. Kali ini dengan suasana baru walau semangat dan tanggungjawab itu telah lama bertapak dan berlari didalam tamadun manusia. Apa yang perlu kita ketahui bahawa Ramadhan datang bukan hanya dengan ibadah menahan diri dari lapar dan dahaga. Ramadhan datang dengan pakej-pakej yang menarik demi menjadikan diri kita bertaqwa, bersyukur dan mendapat pentunjuk.
Pakej Ramadhan:-
1.Puasa
2.Berbuka
3.Solat Tarawikh
4.Bertadarus
5.Qiamulail
6.Sahur
7.Zakat.
8.Bersedekah
9.Dan lain-lain

Pakej ini perlu diambil kesemuanya. Barulah kita berpeluang mendapat satu malam Bonus Link yang bernama Malam al Qadar. Namun kita melihat segelintir kita memilih pakej yang hanya menarik hati dan memuaskan jasmani sahaja.

Walau agak terlewat, saya mahu mengucapkan Ramadhan Karim! Selamat Menyambut Bulan Berkah Ramadhan!
Sedar tak sedar dah 3 hari yek?...maka bagaimana pakej-pakej di atas..adakah sudah dipenuhi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan