Amal yang paling utama di sisi Allah itu adalah amal yang paling berat dikerjakan. Baik dilakukan dengan anggota tubuh mahupun dengan yang lainnya. Kerana itulah, Rasulullah SAW bersabda:
AFDHOLUL 'IBAADATI AHMAZUHAA
Artinya : Seutama-utama ibadah itu adalah yang paling berat.
Dalam sebuah riwayat yang lain :
KHOIRUL A'AMAALI AHMAZUHAA
Artinya: Sebaik-baik amal itu adalah yang paling berat.
Kerana suasana malam yang tenang tenteram, di mana manusia dapat beristirehat dengan nyaman, maka Allah tidak mewajibkan puasa itu pada malam hari. Sebab jika puasa itu dilakukan pada malam hari, maka tidak akan ada masyaqqoh yang dikehendaki Allah. Iaitu dengan masyaqqoh yang dengannya diperoleh pahala yang besar dan pengampunan dari Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui akan hal ehwal hamba-hambaNya.
Kerana itulah, Allah mewajibkan puasa pada siang hari, di mana puasa itu akan terasa lebih berat oleh badan dan jiwa, supaya pahalanya menjadi lebih besar, lebih-lebih lagi bila puasa itu jatuh pada musim panas. Tidak syak lagi tentu pahalanya lebih besar lagi. Keuntungan itu semua kembali kepada orang yang berpuasa juga, seperti yang disebut dalam salam satu hadis qudsi yang berbunyi :
KULLU 'AMALI IBNI AADAMA LAHU ILLASH SOUMA, FAINNAHU LII WA ANA AJZI BIHI
Artinya: Semua amal anak Adam itu adalah baginya kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Akulah yang mengganjarinya.
Dalam al Badie disebutkan:
Hikmah disyariatkan puasa itu adalah seperti yang kami jelaskan sebelumnya, iaitu untuk mencapai sifat taqwa dan sebagai pernyataan rasa syukur. Dan ini tidak akan diperolehi jika puasa itu dilakukan di waktu malam, kerana hal itu tidak diperolehi kecuali dengan kerja berat dan melawan hawa nafsu, sedang itu tidak terdapat dalam keadaan tidur. Jadi, malam itu tidak tepat untuk berpuasa.
Di petik dari buku KEUTAMAAN DAN HIMAH PUASA RAMADHAN- S.IDRUS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan