Bacaan Kitab At-Tibyan
Karangan Al Imam Al Hafidh Shaikhul Islam
Muhyuddin Abu Zakaria Yahya bin Syarf
Al Nawawiy Al Dimasyqiy al Syafeiy
Tarikh: 27 & 28 Ogos 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Bersamaan 17 & 18 Ramadhan 1431 H
Tempat: Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang
Penyampai: Ustaz Rosli Bin Othman
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tuan Haji Rosli b Othman al Bafasi, membacakan kitab At Tibyan
Allah Azza wa jalla telah meletakkan kemuliaan umat Islam pada al Quran yang mengandungi perkhabaran umta terdahulu dan yang akan datang. Al Quran memberi penyelesaian terhadap segala masalah antara mereka.
Al Quran adalah pemisah di antara yang hak dan yang batil. Tidaklah ada seorang pun yang bersikap sombong meninggalkannya kecuali Allah SWT akan menghinakannya.
Barangsiapa mencari petunjuk selain al Quran, maka Allah SWT akan menyesatkannya. Ia adalah tali Allah yang teguh dan zikir yang bijaksana serta jalan yang lurus.
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Tn Hj Yusuff b Ahmad menjadi pengerusi majlis pada hari ini.
Al-Quran tidak akan menjadi usang sekalipun diulang-ulang, keajaibannya tidak pernah kering sekalipun dikaji cedok setiap saat. Barangsiapa yang berkata berdasarkan Al Quran, maka dia berkata benar. Barangsiapa mengamalkannya, maka dia pasti akan mendapatkan pahala yang berganda dan tidak disangka-sangka.
Barangsiapa yang berhukum denganya, maka dia telah berlaku adil dan barangsiapa menyeru kepadanya, maka dia akan diberi petunjuk menuju jalan yang lurus.
Peserta lelaki yang memenuhi dewan solat bersedia untuk bertalaqqi
Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran oleh Ustaz Hanif secara rawi
Allah SWT telah menurunkan dalam al Quran sebagai nasihat dan pengajaran, adab dan hukum serta sejarah tentang orang terdahulu danyang terkemudian. Disamping itu, Allah SWT juga memerintahkan kita untuk memerhatikan, merenung dan mengamalkan adab-adab yang terkandung didalamnya.
Para ulama telah mempersembahkan pelbagai kitab mengenai perkara ini dan membahaskannya secara mendalam. Imam An-Nawawi rh, telah mengumpulkan serta meringkaskan adab-adab tersebut ke dalam kitab ini. Kandungan kitab ini meliputi adab-adab membaca, belajar al Quran, sifat-sifat penghafaz, keterangan keutamaan membacanya, adab-adab bagi murid dan gurunya, panduan mengamalkan dan melaksanakan tuntutan dan hukumnya supaya para penuntut al Quran mendapat manfaat yang banyak. Semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan atas jasanya kepada seluruh kaum muslimin. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkannya dan kita ke dalam golongan ahli al Quran dan yang mendapat keistimewaan dariNya
Kitab ini telah diterjemahkan atas nama Ikatan Penuntut Ilmu Islam Pulau Pinang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan