Satu pertemuan antara delegasi rombongan peserta kursus di Muslim College telah dijemput ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Britain bagi mengadakan sesi dialog dan permasalahan agama antara kakitangan dan perserta.
Majlis di hadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama Dato’ Zakaria b Sulung, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain dan timbalannya. Ia turut di hadiri oleh isteri masing-masing dan kakitangan wanita. Majlis dialog yang seumpama ini disamping dapat merapatkan ukhuwah Islamiah ia juga dapat merungkai permasalahan semasa yang dihadapi di UK serta menerbitkan percambahan idea dan pendapat. Pihak delegasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama Dato’ Zakaria b Sulung, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain kerana sudi menjemput kami datang serta beramah mesra dengan kakitangan di sana.
MAJLIS DIALOG DI ANTARA KAKITANGAN PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE BRITAIN
Yang Berbahagia Dato' Rustam Yahya, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Britain
juga turut hadir
Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama Dato’ Zakaria b Sulung,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain
En Amran pegawai JPA turut hadir dalam pertemuan yang turut di hadiri oleh ketua jabatan yang lain
MAJLIS BERMULA
Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Terutama diikuti penyampaian tazkirah oleh Us Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim, penolong Pengarah Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan tajuk : Persiapan Di Ambang Ramdhan.
Majlis yang sungguh bermakna ini diharap akan diteruskan pada masa-masa akan datang
Pegawai MARA dan Mindef turut hadir
Permulaan majlis di pengerusikan oleh En Fauzi dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama Dato’ Zakaria b Sulong,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain
TAZKIRAH : PERSIAPAN DI AMBANG RAMADHAN
OLEH : TUAN HAJI MUHAMMAD IMRAN B IBARHIM
PENOLONG PENGARAH TAKMIR NEGERI PULAU PINANG
Ramadhan bukan hanya ibadah puasa. Tetapi mengandungi ibadah sahur, berbuka, bertarawikh, bertadarus, berzakat dan lain-lain. Kerana itu persiapan mental, fizikal dan material perlu bagi menyambut Ramadhan Karim ini.
2,529,000 saat, 43,200 minit, 720 jam, 4 minggu dan 30 hari insyaAllah akan kita hadapi. Apakah pengisiannya? Allahumma ballighna Ramadhan.
SESI SOAL JAWAB AGAMA (TANYALAH USTAZ)
Selepas itu sesi soal jawab agama diadakan. Sesi ini berjalan dengan hebat dan banyak isu hangat serta kontroversi diketengahkan antaranya:
-isu solat terawikh. Adakah betul tiada nas yang menyuruh untuk solat terawikh.
-pemakaian inai, warna rambut dan botox
-isu pernikahan luar Negara
-isu shiah
-isu wahabi
-isupemakaian lambang salib pada baju sukan serta gambar yang bertentangan dengan Islam
-isu makanan yang tidak halal menjadi halal hanya dengan basmalah
-dll
Us Zulkhairy menjawab isu solat terawikh dengan meyakinkan
Us Othman turut menyampaikan pandangan ulamak silam dan kotemperari dalam permasalahan semasa
YAA Tuan Jasri menerangkan mengenai prosedur pernikahan oleh JKSM
Us Rahimi menjawab isu jersi dan isu wahabi dengan baik
Turut menjawab permasalahan kaum wanita ialah Ustazah Pauzaiyah dan Ustazah Rosnita
PENUTUP
Berlangsung selama 2 jam namun hadirin tidak puas dengan masa yang cukup mencemburui. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam jam 9.30 malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan