BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Selasa, 17 Ogos 2010
SASARAN KERJA BULANAN (SKB) DAN KEY PERFOMANCE INDEX (KPI)
Allah SWT berfirman dalam surah al Baqarah ayat 185 mafhumnya:
185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Ramadhan datang untuk kita menilai diri sendiri melalui gerak kerja yang konsisten dan terancang. Kerana itu sebagai kita selalu mengaku sebagai Goverment Servant tetapi sebenarnya lupa kita adalah God Servant. Sebagai kakitangan kerajaan kita mempunyai Sasaran Kerja Tahunan atau SKT dan untuk menilai prestasi kita mempunyai Key Perfomance Index atau KPI. Hari ini selepas sesi mengaji al Quran dan bacaan terjemahan/ulasan 15 minit di JHEAIPP, Pengarah Tuan Hj Sazali telah mengeluarkan idea bagi kita mencapai title Taqwa seperti yang Allah SWT nyatakan dalam ayat 183 surah al Baqarah. Iaitu dengan membuat SKT dan KPI sendiri sebagai hamba yang bertanggungjawab.
Maka marilah kita cuba membuat SKB untuk Ramadhan ini dan menilai KPInya adakah layak kita digelar graduan Taqwa bila selesainya bulan barakah ini.
1-PUASA
= 10 PERMULAAN
10 PERTENGAHAN
10 PENGAKHIRAN
2-BERBUKA
=MENEPATI WAKTU
TIDAK MEMBAZIR
SOLAT MAGHRIB TIDAK TERLEWAT/TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN
MEMBERI ORANG BERBUKA (JAMUAN DI MASJID/DI RUMAH)
BERAPA KALI BERSAMA KELUARGA SENDIRI / IBU BAPA DI KG
3-SOLAT SUNAT TERAWIKH
= 8 RAKAAT
20 RAKAAT
4- TADARUS AL QURAN
= BACA TIAP-TIAP HARI BERKUMPULAN / SEORANG TETAPI
TIDAK KHATAM BULAN INI
BACAAN BERKUMPULAN DAN KHATAM BULAN INI
BACAAN PERSEORANGAN DAN KHATAM BULAN INI
5-SOLAT SUNAT TAHAJUD @ LAIN-LAIN = NYATAKAN
6-BERSEDEKAH @ MENDERMA
= TERUTAMA HARI JUMAAT (BERAPA RINGGIT DI
PERUNTUKAN?)
7-BERZAKAT=SUDAH/BELUM
8-BERSAHUR=BERAPA KALI YA DAN BERAPA KALI TIDAK
Sila buatkan kolum dan tandakan sendiri menurut penilaian anda. Nilai diri anda sebelum ianya di nilai dihadapan Tuhan dan tanda-tandakan kebajikan sebelum ianya dinampakkan oleh Tuhan . KPI ini akan bersambung insyaAllah ke tahun depan jika dipanjangkan umur bertemu tamu agung ini. Percayalah kita mampu menjadi orang berTaqwa. Amin
Terima Kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan