Isnin, 16 Ogos 2010

TELAH DATANG BULAN RAMADHAN BULAN PENUH KEBERKATAN !

Ramai yang sedar dan juga ada yang tak sedar serta tidak mahu sedar akan kedatangan tetamu agung ini. Jika dalam bulan Rejab dan Sya’ban, kita berdoa kepada Allah SWT supaya dipanjangkan umur hingga berjumpa dengan bulan yang dirindui oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan salafus soleh. Dan apabila Ramadhan mengunjungi kita kita biarkan ia berlalu begitu saja.




Demi Masa!




Maka kembali kita kepada firman Allah SWT bahawa manusia itu apabila berdepan dengan masa atau waktu pasti akan tewas dan terpaksa menanggung kerugian yang maha hebat.







Maka rebutilah keberkahan Ramadhan seperti yang Nabi SAW sebutkan. Setiap waktu adalah berkah. Bayangkan 2,529,000 saat, 43,200 minit, 720 jam, 4 minggu dan 30 hari insyaAllah yang akan kita hadapi.







Sebuah hadith An Nasaai maksudnya:







Nabi SAW bersabda mafhumnya: telah tiba bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkahan, di mana Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan.




Selamat meniti hari-hari yang indah dalam bulan barakah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan