Dakwah merupakan nadi kepada perkembangan
dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Ia juga adalah seruan ke jalan Allah
yang hak. Seruan tersebut tertegak di atas prinsip-prinsip hikmah dan
peringatan yang baik.
LGBT suatu ungkapan yang sinonim di
kalangan masyarakat hari ni. Dahulu,ianya dilihat sebagai satu
percanggahan adat dan budaya melayu yang kaya dengan adat ketimuran yang
diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman berzaman. Namun kini
tinggal sejarah, sindrom MakNyah atau virus lelaki lembut tanpa sedar
ianya sudah sampai ke peringkat barah. Sikap tidak ambil kesah dan
tidak peka terhadap isu sekeliling menyebabkan sindrom ini telah menjadi
suatu yang sukar dibendung. Berapa ramaikah mereka?.Tidak ada jumlah
yang tepat namun melalui pemerhatian dan maklumat, mereka telah menghuni
di setiap sudut dan lorong hitam di Malaysia terutama bandar-bandar
besar. Satu persoalan, mengapa golongan ini muncul di dalam masyarakat
kita? Jawabnya, kerana ada permintaan. Nauzubillah….
Menyedari kepentingan dakwah kepada golongan ini, Pada malam 16hb Jun
2012, bermula jam 12 malam, Jakim, dibawah seliaan Bahagian KSK dengan
kerjasama pensyarah dan pelajar perubatan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia(UIAM) cawangan Pahang telah mengambil pendekatan turun padang
mendekati golongan ini. Dengan niat ikhlas untuk mendekatkan golongan
ini kepada hakikat kejadian manusia di muka bumi Allah S.W.T. Antara
tujuan lain adalah untuk mengajak golongan ini untuk menghadiri majlis
Qiamullail yang akan dianjurkan pada akhir bulan Jun di Masjid UIAM
Pahang. Sukarelawan temuseru telah pergi ke lorong-lorong yang menjadi
tumpuan golongan ini dan bertemu dan menjemput mereka untuk menyertai
program yang akan di anjurkan. Respon yang baik ditunjukkan oleh
golongan ini iaitu memberi komitmen untuk menghadiri program qiamullail
tersebut.
Masyarakat mengetahui mengenai kewujudan dan bahayanya pengaruh
golongan ini. Tetapi dimana sifat amal maaruf nahi mungkar yang
sepatutnya didokong oleh setiap umat Islam. JAKIM sebagai agensi pemudah
cara dalam menangani isu sosial yang berlaku, namun masyarakat
sekeliling tidak kira bangsa adalah bertanggungjawab dalam membendung
gejala ini dari terus merebak. Bayangkan apa akan jadi dengan
masyarakat Malaysia 10 tahun akan datang?. Tidak takutkah kita dengan
azab Allah kerana tidak ambil kisah perihal keadaan sekeliling, adakah
kita redha dengan gejala maksiat yang berlaku?.
Fikir-fikirkan…WALLAHUA’LAM…
Temuseru ke lorong-lorong; KPP (K) KSK JAKIM
Memujuk menghadiri program Qiamulail
Sukarelawan Pelajar Perubatan UIA Pahang yang turut serta dalam Program Temuseru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan