Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama YAB Perdana Menteri

Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama YAB Perdana Menteri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Perhimpunan ini telah diadakan pada 19 Julai 2012 di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang telah dihadiri oleh seramai 11,000 orang peserta yang terdiri daripada imam dan jawatankuasa masjid dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) telah menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut. YAB Perdana Menteri , Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul telah menyampaikan amanat kepada para peserta dan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan para imam dan jawatankuasa masjid yang hadir dalam perhimpunan ini.
Dalam majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan sempena kedatangan bulan Ramadhan iaitu jubah,kurma dan air zam-zam untuk semua imam dan jawatankuasa masjid seluruh negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Tan Sri Dato’ Syaikh Ismail bin Mohamad, Imam Besar Masjid Negara.
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam amanatnya telah menegaskan kepada semua semua imam dan jawatankuasa masjid agar memainkan peranan yang aktif dalam melaksanakan urusan pengurusan dan pengimarahan masjid. Beliau mengingatkankepada peserta yang hadir agar menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan menjadikan institusi masjid sebagai pusat rujukan masyarakat. Para Imam dan jawatankuasa masjid mestilah sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam dan luar negara. YAB PM juga turut menegaskan, para imam dan jawatankuasa masjid diminta bersama-sama kerajaan dalam menegakkan syiar Islam dan membangunkan ummah di Malaysia.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan