Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah
membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah
telah memutuskan seperti berikut:
-
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang
mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air
menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan
hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam
yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak
boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
-
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan
bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh
hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
sumber...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan