Jumaat, 29 Jun 2012

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)



alam bali agrowisata, gianyar bali

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.


Bali Kopi Tree at Alam Bali Agrowisata

+

Kopi Luwak, Ceffee Luwak 

+

Civet / Luwak Coffee Bean 

+

Bali Kopi Luwak Bean

+

bali kopi luwak in alam bali agrowisata


Sekadar Fakta Tambahan: Pada November 2006 Herveys Julat Bilik Teh Warisan, 1 kafe kecil di yang bukit di luar Townsville di Queensland, Australia, meletakkan kopi kopi luwak pada menu pada AUD 50,00 (AS $ 33.00) cawan, menjual kira-kira tujuh cawan seminggu, yang naik di seluruh negara Australiadan media antarabangsa. Pada bulan April 2008, brasserie di Peter Jones department store di Sloane Square, London mula menjual campuran kopi luwak dan Blue Mountain yang dipanggil Caffè Raro untuk £ 50 (AS $ 99.00) cawan.


sumber..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan