Fenomena Alam Semesta
KAJIAN GERHANA BULAN SEPARA DAN KAJIAN TRANSIT ZUHRAH
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi lain
seperti Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya telah
mengadakan kajian gerhana bulan separa dan kajian transit zuhrah di
Pulau Mabul, Sabah pada 4 hingga 6 Jun 2012 yang lalu. Lokasi ini
dipilih kerana kedudukan geografinya yang lebih ke timur membolehkan
para pengkaji mendapatkan visual awal sentuhan planet Zuhrah dengan
matahari yang berlaku pada jam 6.13 pagi berbanding lokasi di
semenanjung dimana matahari lebih lewat terbit berbanding Sabah. Pulau
Mabul juga mempunyai ufuk yang tidak terlindung berbanding kepulauan
yang lain.
Kajian gerhana bulan separa yang berlaku pada malam 4 hb Jun juga
disusuli dengan solat sunat khusuf yang turut disertai penduduk di
kepulauan tersebut. Dengan kesempatan yang ada, para pengkaji juga
termasuk Sahibus Samahah Mufti Negeri Sabah turut mengadakan semakan
arah kiblat di surau penduduk pulau tersebut. Selepas membuat semakan
tersebut, pembetulan arah kiblat telah dilaksanakan dan disahkan oleh
Sahibus Samahah mufti dan juga ahli jawatankuasa surau tersebut.
Pada 6 hb Jun pula, kajian transit Zuhrah bermula seawal 5.45 pagi
menanti terbitnya matahari di ufuk timur. Walaupun keadaaan cuaca pada
hari tersebut agak mendung, namun para pengkaji dapat merakam imej yang
boleh digunakan bagi menjalankan kajian sepertimana yang dirancang.
S.S Datuk Mufti Sabah bersama penduduk kampung menyaksikan kejadian gerhana bulan separa
Para petugas sedang merakamkan kejadian gerhana bulan separa
Antara imej gerhana bulan separa yang berjaya dirakamkan
Semakan arah kiblat di surau Pulau Mabul
Membuat pembetulan arah kiblat
Kedudukan karpet surau setelah dilakukan pembetulan
Sesi cerapan transit planet Zuhrah
YBhg. S.S Datuk Mufti Negeri Sabah
dan
semua peserta Kajian Gerhana Bulan Separa dan Kajian Transit Zuhrah bergambar bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan