ISRAK MIKRAJ: MENCARI PANDUAN KETAMADUNAN
Samsu Adabi Mamat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Peristiwa
israk mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman
sejarah kehidupan Nabi SAW Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada
Nabi SAW semata-mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh
Umat Islam.
Sebagaimana
diakui dalam banyak tulisan bahawa: “…Satu-satunya peristiwa yang
paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa
israk dan mikraj. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang paling
berkesan dalam kehidupan beragama…”(Seyyed Hossein Nasr, 1994, hlm.16)
Realiti
kisah Israk mi’raj ini berlaku pada tahun 621M (Hayat Muhammad,1986,
hlm.151). Dalam satu tulisan lain pula menyebut peristiwa ini berlaku
pada hari ke 27 dari bulan Rejab. Dalam tulisan Syed Hussein Nasr pula
menerangkan bahawa peristiwa ini berlaku pada salah satu malam ganjil dari sepuluh malam penghabisan dalam bulan Ramadhan. (1994, hlm.16)
Kepada
Nabi SAW peristiwa ini adalah suatu anugerah tertinggi Allah kepada
Baginda sebagai Nabi kekasih Allah, di mana berlakunya pertemuan yang
begitu shahdu dan qudus di antara baginda dengan Tuhannya.
Kepada
Umat Islam keseluruhannya pula ianya telah mencetuskan banyak pemahaman
dan perbincangan. Dalam banyak tulisan, kebanyakannya mempunyai
persepsi-persepsi sebagaimana berikut:
- Kalangan orang Islam ada yang menolak peristiwa ini kerana dianggap bertentangan dengan akal.
- Kalangan orang Islam juga ada yang berhujah masing-masingnya tentang berlakunya peristiwa ini sama ada secara roh sahaja atau secara roh dan jasad.
- Kalangan orang Islam pula ramai melihat peristiwa ini penting di dalam membangunkan peraturan sosial Islam seperti larangan riba, mengumpat, perbuatan zina dan lain-lain.
- Kalangan Muslim juga ramai yang melihat peristiwa ini dari aspek saintifik yang harus membuka minda masyarakat untuk pembangunan kemajuan umat Islam dan manusia keseluruhannya.
Masalah
pertama ialah masalah pemikiran manusia yang menilai benar atau
tidaknya peristiwa ini, khayalan atau realiti. Hal ini dapat dilihat
contohnya pertama kali Nabi SAW memberitahu
kaumnya, ramai yang menafikannya malah mula menghina Nabi. Malah ada
kalangan Orang Islam awal yang mula meragui kebenaran Nabi s.a.w. Kalangan
masyarakat Islam moden pula ada yang berlandaskan rasional semata-mata
seolah menafikan peristiwa ini. Sebagaimana dijelaskan dalam satu
tulisan bahawa; Mikraj merupakan
peristiwa yang paling payah difahami oleh orang yang terjebak dengan
dimensi reality alam fizikal semata mata. Mikraj Nabi SAW pada masa yang
sama merupakan satu peristiwa yang paling payah diterima terutama
sekali di kalangan generasi muda umat Islam yang sudah terpengaruh sepenuhnya dengan pandangan hidup berasaskan pernyataan sains moden. (Seyyed Hussein Nasr, 1994. hlm.16 & 24)
Sebenarnya
kebimbangan orang-orang terdekat dengan Nabi SAW tentang
ketidakpercayaan masyarakat tentang kisah mikraj ini apabila diceritakan
kepada masyarakat umum ketika itu sudah pun digambarkan dari awal lagi.
Contohnya Ibnu Hisham berkata bahawa seperti disampaikan kepadaku dari
Ummu Hani binti Abdul Muthalib r.a (nama aslinya Hindun) tentang Isra’
Rasulullah s.a.w. Ummu Hani berkata; “,…setelah Baginda solat subuh
baginda berkata “, Wahai ummu Hani’ sungguh aku telah solat isya akhir
di lembah ini seperti yang engkau lihat, kemudian aku datang ke Baitul
Maqdis dan solat di dalamnya, kemudian aku mengerjakan solat subuh
bersama kalian sekarang seperti yang kalian lihat, ….aku (Hindun)
berkata kepada baginda, ‘wahai Nabi Allah SAW jangan ceritakan peristiwa
ini kepada manusia, sebab na
Masalah
kedua pula, perselisihan pandangan berlaku mengenai samada peristiwa
ini berlaku keatas Nabi secara roh sahaja atau jasad dan roh sekali.
Masalah ini tidaklah seburuk masalah pertama yang tidak percaya kepada
peristiwa israk dan mikraj ini. Dalam hal kedua ini, mereka mengakui
kebenaran berlakunya Isra mikraj, namun berselisih pandangan adakah
ianya berlaku secara roh atau mimpi sahaja atau adakah ianya berlaku
secara pergerakan dan pengembaraan fizikal iaitu secara jasad dan Roh.
Contohnya ; Ibn Ishak berkata bahawa Ya’kub bin Utbah bin al-Mughirah
bin al-Akhnas berkata kepadaku jika Muawiyah bin Abu Sufyan ditanya
tentang peristiwa isra’ Rasulullah s.a.w maka ia berkata: “sungguh
mimpi-mimpi dari Allah adalah benar” (Ibn Hisham, 2002, hlm.361). Ini
adalah salah satu contoh panda
Walau
bagaimanapun tindakbalas dan reaksi manusia Islam terhadap peristiwa
ini yang penting sekali adalah ianya suaTu reality yang benar-benar
berlaku dan termaktub di dalam al-Quran:surah al-Isra’ ayat 1. yang
bermaksud: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
SAW) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa
(di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah
jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (surah al-Isra. 17:1)
Ibn
Ishak dalam menyatakan mengenai periwayat-periwayat hadis israk dan
mikraj bahawa; ….“mereka semua meriwayatkan dari Rasulullah SAW
sebahagian dari apa yang beliau sebutkan tentang peristiwa israk yang
beliau alami, . Sungguh pada peristiwa israk yang beliau jalani dan apa
yang beliau sebutkan di dalamnya terdapat tujuan, seleksi dan salah satu
bukti kekuasaan Allah. Di dalamnya juga terdapat pelajaran bagi
orang-orang berakal,, petunjuk, rahmat pengukuhan bagi orang yang
beriman kepada Allah dan membenarkannya. Sungguh peristiwa isra’ adalah
salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah SWT mengisra’kan baginda seperti
yang di kehendaki-Nya untuk memperlihatkan ayat-ayat-Nya kepada yang
Dia inginkan, hingga beliau boleh menyaksikan bukti-bukti kekuasaannya
dan kemampuannya mengerjakan apa
Oleh
itu dalam membincangkan kalangan Muslim ketiga dan keempat adalah
mereka yang percaya akan peristiwa ini dan seterusnya mengambil
pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi SAW ini. Hasil dari
peristiwa inilah sebenarnya umat Islam boleh jadikan sebagai salah satu
panduan di dalam pembentukan ketamadunan umat Islam sendiri. Panduan
ketamadunan itu sama ada dari segi peradabannya dan juga tamadun
kebendaan dan keilmuannya.
Dari
segi panduan peradaban, pengajaran dari peristiwa ini banyak menyumbang
kepada sistem kemasyarakatan sehingga tidak dapat dinafikan lagi.
Sebagaimana disebut dalam sirah Ibn Hisham bahawa, Keburukan-keburukan
seperti keburukan orang yang memakan harta anak yatim, orang yang
memakan harta riba, laki-laki penzina, wanita-wanita penzina dan
sebagainya (Ibn Hisham, 2002 hlm.367). Gambaran balasan kejahatan ini,
jika difahami akan menyedarkan kita mengenai keburukan dan siksaan
perbuatan ini. Menghindari kejahatan seperti ini akan memberikan
keharmonian kepada sesuatu bangsa itu dan secara langsung dapat membina
peradaban bangsa berkenaan.
Dalam
satu tulisan menyebut bahawa, pengalaman rohani yang utama hasil
peristiwa israk mikraj ini merupakan contoh perjalanan rohani dan ibarat
kiasan kepada kehidupan spiritual umat Islam umumnya. Malam
pengembaraan “laylat al-Mi’raj ialah cermin kepada malam qadar (laylat al-qadr).
..Pengalaman Nabi dalam peristiwa mikraj ini menjadi inspirasi kepada
ramai penulis Islam termasuklah pengaruhnya dalam karya-karya Ibn Arabi
dan Sana’i yang kemudiannya mempengaruhi penulis dan kesusasteraan
Eropah terutamanya Dante seperti yang dapat dilihat dalam karyanya Divine comedy.
Peristiwa mikraj ini juga menjadi sumber ilham para wali dan ahli
mistik Islam dari satu generasi ke satu generasi dan juga menggariskan
asas kosmos Islam (Seyyed Hussein Nasr, 1994, hlm.17)
Namun
begitu sebenarnya, Apa yang perlu dan penting sekali bagi umat Islam
perpanjangkan kisah realiti ini ialah pengaplikasiannya dan
pengadaptasian pengetahuan hasil anugerah terhadap Nabi SAW ini dalam
aspek sains dan teknologi, sains angkasa, kosmologi dan sebagainya yang
akhirnya boleh menyumbang kepada kemajuan tamadun Manusia. Sekadar
menyebut beberapa contoh sahaja sebagaimana di bawah.
- Burak; adalah suatu perlambangan kenderaan terpantas meneroka angkasa lepas. Orang Barat menggunakan kenderaan angkasa untuk meneroka planet Marikh contohnya. mengambi masa beberapa tahun untuk pergi dan kembali.
- Masa; masa di sisi Tuhan adalah panjang berbanding masa dunia. Rasulullah SAW meneroka 7 lapisan langit hingga menemui Tuhannya dalam masa satu malam sahaja.
- Alam; adalah ‘ma siwallah-apa atau sesuatu selain Allah’ keluasannya tidak terkira. …..ketika baginda melihat dengan mata batin dari sidrat al-muntaha ke alam ini. (Husein Haikal, 1989, hlm.157). Hal ini sudah pasti pada masa itu boleh melihat keseluruhan bumi ini yang bulat bentuknya.
- Aspek-aspek sains dan teknologi serta keilmuan lain seperti aspek perubatan, kisah-kisah masa depan, hirarki sesebuah kerajaan dan sebagainya
Cukuplah
sekadar membayangkan beberapa contoh sahaja panduan ketamadunan hasil
dari reality peristiwa israk dan mikraj ini kepada kemajuan ilmu serta
sains dan teknologi. Sebenarnya banyak lagi panduan ketamadunan yang
boleh diambil dari kisah isra dan mikraj ini dalam banyak aspek ilmu
pengetahuan. Kalau kita meneliti banyak pembikinan filem Hollywood
sebagai contoh lain, sebenarnya jika diselidiki akan menyerlahkan suatu
pengadaptasian dari kisah isra’ dan mikraj ini. Orang Barat juga begitu
maju dalam bidang sains angkasa, sedangkan cetusan mengenai sains
angkasa dan penerokaan angkasa lepas itu telah dicetuskan sedemikian
lama oleh baginda SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
Sebagai
kesimpulannya peristiwa Isra Mikraj adalah suatu kejadian yang
benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan Nabi SAW yang menjadi suatu
anugerah kebesaran baginda SAW sebagai kekasih Allah dan nabi Akhir
zaman. Peristiwa ini banyak mendatangkan kesan kepada kehidupan
beribadat, bermasyarakat dan kehidupan keilmuan umat Islam dan manusia
keseluruhannya. Dalam kehidupan beribadat Solat contohnya adalah ibadat
terpenting yang diterima oleh baginda SAW secara terus dari Allah SWT..
Dalam kehidupan bermasyarakat pula. Segala peristiwa yang disaksikan
oleh Nabi SAW mengenai keburukan mengumpat, riba, perbuatan zina dan
sebagainya adalah mampu membentuk masyarakat berperadaban dan
berharmoni. Akhir sekali peristiwa ini banyak mencetuskan dan membuka
jalan kearah penerokaan pelbagai ilmu s
Wallahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan