Rabu, 13 Jun 2012

Persidangan Imam-Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012


Persidangan Imam-Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Persidangan Imam-Imam Besar Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis pada 13 hingga 15 April 2012. Program ini diadakan sempena Majlis Hafazan al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang turut diadakan di Dewan Warisan, Kangar Perlis.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Dato’ Othman  Mustapha , Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Haji Abdul Malek bin Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis dan Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM. Persidangan ini telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam besar masjid negeri,imam-imam masjid daerah dan pegawai-pegawai takmir seluruh Malaysia.
Program ini telah membincangkan beberapa isu kepada para peserta. Antara pengisian program tersebut ialah Penyalahgunaan Masjid dan Surau di Malaysia oleh Dato’ Awaluddin bin Jadid Timbalan Pengarah Bahagian Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Masjid Sebagai Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Dr Mohd Aderi bin Che Noh, Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Cadangan Penubuhan Koperasi Masjid Seluruh Malaysia oleh Dato’ Mohd Ali bi Baharom, Presiden Angkasa. Satu majlis forum turut diadakan dalam program ini yang bertajuk Harapan Masyarakat Kepada Institusi Masjid, ahli panel  ini iaitu  Dr Arsyad bin Mohd Taib, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Sheikh Azizan bin Mat Desa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Ustaz Haji Imran bin Ibrahim dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Ustazah Hajah Norkhalidah binti Abdul Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kemajuan Islam dan Ustaz Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong Pengarah (Unit imam) selaku Penyelaras Program.
Ketibaan YB Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Y. Bhg. Tuan 
Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan Pengarah-Pengarah
Bahagian di JAKIM pada Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012
Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM
Ucapan Perasmian Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012
oleh YB Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
Barisan Dif Jemputan Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012
Antara Peserta Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan Tahun 2012
Penyampaian Cenderahati oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Malek bin Hussin,
Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis kepada YB Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
Sesi Sidang Media bersama YB Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim, 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
Sesi Temubual Media bersama Y. Bhg. Us. Abdul Manaf bin Haji Mat, Imam Besar Masjid Putra
Semasa Sesi Pembentangan Kertas Kerja Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan
Tahun 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan