Selasa, 12 Jun 2012

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Dan Program Ziarah Masjid Ke Negeri Johor Dan Republik Singapura

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Dan Program Ziarah Masjid Ke Negeri Johor Dan Republik Singapura

Diketahui umum betapa pentingnya peranan masjid dalam kehidupan umat Islam bermula sejak zaman lampau lagi dan kini sejajar dengan perkembangan masa, masjid bukan dilihat sebagai tempat ibadah semata-mata tetapi mempunyai pelbagai fungsi khususnya dalam menyatukan umat Islam. Oleh yang demikian masjid perlu diimarahkan dalam pelbagai sudut dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Dalam hal ini urus tadbir masjid yang berkesan memberi impak yang besar dalam memakmurkan masjid.
 
Bahagian Kemajuan Islam, Jakim dengan kerjasama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Jabatan Agama Johor telah mengadakan  program Ziarah Masjid dan Khidmat Komuniti ke negeri Johor dan Singapura pada 25 hingga 27 April 2012 bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan masjid secara profesional dan memahami pelaksanaan pegurusan masjid di Republik Singapura dan Negeri Johor.
 
Melalui program seperti ini diharapkan tahap penyampaian perkhidmatan masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Masjid Negara,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Putra yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dapat dipertingkatkan.
 
Dalam masa yang sama juga turut diadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Bil.1/2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Iskandar. Seramai  32 orang pegawai penyelaras dan pembantu takmir daripada pelbagai negeritelah hadir dalam mesyuarat tersebut, Sebelum mesyuarat berlangsung, ahli mesyuarat dan rombongan sempat melawat Jabatan Agama Johordan galeri Pusat Islam Iskandar, Johor.
 
Selain menziarahi 3 Masjid  di Singapura, ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai BKI, pegawai penyelaras takmir negeri-negeri, wakil daripada Yayasan Taqwa, Jabatan Agama Johor, Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang jumlahnya lebih kurang seramai 68 orang turut menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Kempas, Johor.
 
Sempena program ini juga, Yayasan Taqwa telah menyumbang wang yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM 15,000.00 kepada masjid-masjid yang dilawati dan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.
 
 
 
Tuan Haji Zainal Abidin menyampaikan cendera kenangan kepada  Tuan Haji Ramly bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Johor. Di sebelah beliau ialah Tuan Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor) semasa ziarah ke Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Teluk Blangah iaitu satu-satunya masjid di Singapura yang terletak di bawah bidang kuasaJabatan Agama Johor. (minta lengkapkan maklumat) 
 
 
Penerangan ringkas mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)  oleh Encik Izhar salah seorang pegawai MUIS
 
 
Tuan Haji Ayob bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Tuan Ir. Hj. Md Sharipin Shahlan, Pengerusi Rumah Warga Emas Nur Ehsan 
 
 
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penyelaras Takmir seluruh Malaysia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Iskandar pada 25 April 2012 
 
 
Tuan Haji Zainal Abidin semasa menyerahkan cenderamata dan sumbangan kepada Ustaz Abdul Manaf bin Rahmat, Pengerusi Masjid Muhajirin, Singapura 
 
 
Ahli rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah BKI(2 dari kanan barisan hadapan), Tuan Haji Ahmad Ayob bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa(2 dari kanan barisan kedua), Tuan Haji Ramly bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Johor(Kanan dari barisan hadapan), Encik Masri bin Razali, Pengarah Bhg.Sumber Manusia(Empat dari Kiri) 
 
 
Salah satu bahan informasi yang terdapat di Mini Galeri yang terdapat dalam Masjid Sultan,Singapura.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan