Selasa, 12 April 2011

TOKOH ISLAM

Ketokohan Ismail al-Faruqi


Ismail Raji al-Faruqi


Pada 27 Mei 1986, umat Islam, khususnya umat Islam di Amerika Syarikat (AS) berkabung. Pada tarikh itu mereka kehilangan seorang ilmuwan Islam terkemuka dan aktivis dakwah Islam yang tidak kenal penat lelah.
Beliau adalah Ismail Raji al-Faruqi yang dibunuh dengan kejam di kediamannya di Philidelphia.
Sejak tanah airnya, Palestin, diduduki Israel pada 1984, Faruqi berhijrah ke AS.
Di sana beliau bergelut dalam dunia akademik dengan mengajar dan mengembangkan dakwah Islam.
Beliau juga tidak henti-henti mengutuk gerakan Zionisme yang dianggap merampas tanah airnya.
Berkat jasanya yang amat besar dalam perkembangan Islam di AS dan dunia, al-Faruqi dianggap sebagai salah seorang tokoh penting Islam abad ke-20.
Ismail Raji al-Faruqi dikenal sebagai seorang pembaharu yang ingin merealisasikan Islam. Beliau kerap kali terlibat dalam program pengajian Islam di banyak negara di dunia.
Mengenai Zionisme, al-Faruqi pernah menulis: "Ketidakadilan Zionisme begitu kompleks, terlalu banyak dan mengerikan, hingga tidak ada cara lain untuk menghentikannya kecuali melalui kekerasan perang dengan menghancurkan tentera, negara dan seluruh institusi awam Zionis."
Al-Faruqi memberi perhatian besar terhadap kemajuan ilmu pengetahuan. Beliau mengusulkan semua cabang ilmu pengetahuan moden dari Barat dengan tradisi ilmiah Islam digabungkan menjadi satu.
Melalui institut yang ditubuhkannya pada 1981, Institut Antarabangsa bagi Pemikiran Islan (IIIT) beliau merancang program islamisasi ilmu pengetahuan.
Nama Ismail Raji al- Faruqi sukar dipisahkan daripada nama isterinya, Lois Lamya al- Faruqi, yang dikahwininya semasa di Kanada.
Seperti suaminya, Lois adalah sarjana terkemuka. Beliau mendapat ijazah doktor falsafah dari Universiti Syacruse, AS pada 1974 dengan disertasi tentang muzik dalam peradaban Islam.
Beliau menjadi tenaga pengajar di banyak universiti di AS, Pakistan dan Filipina, serta aktif menganjurkan pelbagai pameran dan persidangan tentang kesenian dan kaligrafi Islam.
Hingga akhir hayatnya, beliau tercatat sebagai anggota dewan penyunting di jurnal Arts in the Islamic World yang beribu pejabat di London.
Sebagai anak Palestin, al- Faruqi mengecam keras Zionisme yang menurutnya menjadi dalang kolonisasi Israel terhadap Palestin.
Namun beliau dengan tegas membezakan antara agama Yahudi dengan Zionisme. Dalam Islam and Zionisme (1983), beliau menulis, "Islam tidak menentang agama Yahudi dan memandangnya sebagai agama Tuhan. Islam menentang politik Zionisme dan tindakan Zionis."
Pembunuhnya dan juga isterinya dikatakan berkait rapat dengan retorik al-Faruqi yang sangat keras menentang gerakan Zionisme.
Di mata umat Islam AS, al-Faruqi dikenal sebagai Pengasas Kerohanian. Beliau mempelopori penubuhan banyak institusi dan pertubuhan Islam di AS.
Dalam bidang pendidikan Islam misalnya, beliau turut menubuhkan American Islamic College di Chicago dan Sister Clara Mohammad School di Philidelphia.
Al-Faruqi juga turut mendorong mahasiswa Islam menubuhkan pertubuhan mahasiswa, misalnya Moslem Student Association dan Islamic Society of North America.
Salah satu karya Ismail Raji al- Faruqi yang terkenal adalah buku The Cultral Atlas of Islam. Buku ini ditulis bersama-sama isterinya Lois Lamya al- Faruqi

RUJUKAN;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan