Ahad, 17 April 2011

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

 Dunia hari ini menyaksikan kebejatan sifat manusia yang tidak mengenal pangkat dan usia...sama-sama kita bermuhasabah dan berdoa kepada Allah swt agar ditetapkan iman kita. Amin.

 

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.
Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.
Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.
Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.
Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.


RUJUKAN.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan