Motor berkuasa tinggi yang akan menyertai konvoi Jom Pi Masjid
Ahli Kelab SYM motor skuter turut sama dalam usaha dakwah masyarakat ke masjid
KONVOI “JOM PI MASJID ” DAN KHIDMAT MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN TAKMIR PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011
TARIKH : 26 April 2011 (Selasa)
TEMPAT : Bermula Dewan Millineum, Seberang Perai Utara, Kepala Batas dan Berakhir di Masjid Negeri Pulau Pinang.
MASA : 7.00 Pagi – 7.00 Petang
DETIK BERSEJARAH-PELEPASAN KONVOI JOM PI MASJID SEMPENA JUBLI PERAK TAKMIR 25 TAHUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
PENGENALAN
Masyarakat memerlukan satu jalinan yang jitu bagi melahirkan generasi pelapis yang bermasyarakat dan melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara intelektual. Dua kelompok ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Tujuan Program Konvoi Jom Pi Masjid dan Khidmat Masyarakat ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang di antara kelompok remaja dengan aktivis Masjid. Ini amat penting bagi remaja yang akan bersama masyarakat pada suatu hari nanti. Program ini juga bertujuan menyampaikan dakwah Islam secara bijaksana dengan menggunakan pelbagai cara yang dapat memberi kesan mendalam pada diri mad'u.
OBJEKTIF
1. Merapatkan hubungan diantara remaja dengan masyarakat
2. Memupuk amalan kerjasama dan gotong royong di dalam jiwa remaja
3. Memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nila-nilai murni
4. Mengajar remaja mengenai medium dakwah yang pelbagai didalam pola kehidupan masyarakat yang berbeza pemikiran dan budaya
Timbalan YDP, TKPD JAKIM, Pengarah JHEAIPP Pengarah BKI begitu gembira dengan penyertaan pelbagai lapisan umur terutama kaum muda dalam konvoi ini
Menunggu bacaan doa selamat oleh PPMD Barat Daya
seramai 73 orang dengan 52 motorsikal telah menyertai konvoi Jom Pi Masjid sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Takmir Peringkat Pulau Pinang
Mereka disediakan baju percuma dan sijil penyertaan juga sedikit duit minyak dalam konvoi satu hari ini
Pelepasan bersejarah. Bismillahi 'ala barakatillah!
T shirt yang di tulis dengan perkataan JOM PI MASJID dibelakangnya, menjadi bahan dakwah untuk mengajak masyarakat kembali ke masjid sepanjang perjalanan nanti
ANJURAN :
Unit Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
Kerjasama
Masjid Negeri Pulau Pinang (MNPP)
Pejabat Agama Daerah Kepala Batas (PAD SPU)
Pejabat Agama Daerah Timur Laut (PAD TL)
Polis Daerah Kepala Batas P. Pinang (PDRM SPU)
Jab. Kastam Di Raja Malaysia (JKDM)
Jab. Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
J/Kuasa Masjid Pantai Kamloon (Kepala Batas, SPU)
J/Kuasa Masjid Kepala Gajah ( Simpang Ampat, SPS)
J/Kuasa Masjid Batu Uban (Daerah Timur Laut)
Kelab Penang Cop Bikers (PCB)
TIBA DI DESTINASI TERAKHIR MASJID NEGERI PULAU PINANG
Jika dahulu pemuda-pemudanya menaiki kuda untuk berjuang, kini zaman ini menuntut motorsikal pula untuk memasuki era dakwah moden
Alhamdulillah, semua sampai dengan selamat diperkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang
Tazkirah ringkas oleh Tn Hj Yusuff b Ahmad, Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang yang tidak menjemukan walau badan terasa letih
Tepukan tahniah untuk diri anda semua. Ucapan penghargaan oleh Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang selaku Pengarah Program Konvoi Jom Pi Masjid
ACP Che Hussein yang mewakili Ketua Pengarah Polis Pulau Pinang
Cerdera kenangan disampaikan oleh Pengarah Program kepada Imam Besar dan Timbalan Ketua Polis Negeri
Acara makan malam. Alhamdulillah
7.00 - 8.15 pg Pendaftaran & Taklimat Pelepasan Oleh:
PDRM
9.30 -9.45 pg Perasmian dan pelepasan peserta konvoi
Oleh: Tn. Hj. Salleh b Man
Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
9.45 – 10.35 pg Peserta konvoi bertolak dan sampai ke Masjid Pantai Kamloon
10.35 – 11.15 pg Peserta sampai di Masjid Pantai Kamloon
* Solat Dhuha
* Tazkirah ringkas oleh : Us Irwan dari BAKA polis Pulau Pinang
11.15 – 12.30 t.h Dari Masjid Pantai Kamloon ke Masjid Kepala Gajah, Simpang Ampat, SPS
12.30 – 2.30 ptg
Tiba di Masjid Kepala Gajah
* Gotong Royong
* Makan T/hari
* Solat Zohor
Tazkirah oleh: PTA DTL/PTA SPS/Wakil
2.30 – 3.30 Ptg Masjid Kepala Gajah
Acara Rakyat :
• Pemeran Motosikal
• Gusti Lengan
• Isi Air dalam timba
• Tiup Benda dalam tepung
3.30 – 4.00 ptg
Bertolak ke Masjid Batu Uban
4.00 – 5.30 ptg Tiba di Masjid Batu Uban
Aturcara:
Ucapan Pengerusi Masjid
Ucapan wakil konvoi / Kelab Cop Motor
• Bersih Kubur
• Minum Petang
• Solat Asar
5.30 – 6.00 ptg Tiba di Masjid Negeri Pulau Pinang
* Tazkirah oleh : Ustaz Yusof bin Ahmad (Imam Besar MNPP)
* Jamuan ringan
Majlis Penutupan :
* Ucapan Pengarah Program
Ustaz Hj. Imran Hj. Ibrahim (Pegawai Takmir Negeri)
* Ucapan Majlis Penutup oleh:
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang-dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis
* Serahan sijil oleh ACP kepada peserta
* Majlis bersurai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan