Rabu, 6 April 2011

PENGARUH KEADAAN KE ATAS PERIBADI BANGSA INDONESIA

Prof Dr HAMKA telah menyatakan dalam buku PERIBADInya tentang tajuk di atas.

 Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya-al Fatihah. Amin


Jiwa Indonesia yang tenang dan patuh, sampai digelar "bangsa yang sepatuh-patuhnya di dunia", dengan serta merta berubah, dan perubahan itu amatlah hebat. Bangsa yang tadinya belum mengenal apa ertinya perang dan tidak pernah dibawa bercampur dalam peperangan, tenteram dalam rumah tangganya, menerima gaji habis bulan dan menunggu pencen pada hari tua; bangsa yang damban, terpengaruh oleh tanam-tanaman yang ditanamnya itu, digoncang dan disuruh menukar susunan hidupnya. Oleh sebab itu peribadinya pun bergoncang, lalu berubah.

Permulaan kejadian yang hebat ini ialah pada tanggal 8 Disember 1942. Iaitu sejak pecah perang Pasifik. Kita masih ingat, bagaimana paniknya kita ketika itu. Iaitu sejak pecah Perang Pasifik. Lebih-lebih bangsa yang memerintah pada masa itu lebih panik pula. Kita disuruh menggali lubang perlindungan, disuruh menggantung karet dileher, yang akan disumbatkan ke mulut, bila bom jatuh. Baru sahaja kelihatan kapal terbang dari jauh, seisi rumah telah lari berkejaran masuk lubang perlindungan itu, dibimbing anak-anak, orang tua lumpuh, perempuan yang baru bersalin. Tidak ada yang beres jalan akalnya pada waktu itu. Sesudah itu tibalah zaman berkongsi besar-besaran, takut tinggal dikota, rumah-rumah ditinggalkan dan lari masuk kampung. Tidak pilih orang, tidak pilih pangkat, tidak pilih si Amat dan si Ali, atau profesor, doktor! Sama sahaja.


Sesudah itu beransur-ansur pulang ke kota, lebih-lebih kerana perang seperti itu tidak lama. Kejatuhan Belanda yang sangat cepat, sangat cepat pula membawa perubahan bagi jiwa. Dahulu  kejatuhan Belanda boleh dikatakan hanya ada dalam khayalan kaum nasionalis. Tetapi setelah melihat dia menyerah dengan tidak bersyarat kepada Jepun, maka peribadi bangsa Indonesia mulai bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa secapat itu jatuhnya? Kalau begitu, kekuatannya memerintah kita beratus tahun, hanyalah keranan kebodohan kita sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan