Khamis, 30 September 2010

PERGINYA SEORANG LAGI PEWARIS NABI


Pagi tadi sekitar jam 5.30 pagi saya mendapat masej daripada Ketua Penolong Pengarah KESUMA Ustazah Aishah : Dato' Abdul Latif Tok Guru Pondok Kuak Luar dan Ahli Majlis Fatwa perak telah kembali ke Rahmatullah jam 1.00 a.m 30.9.2010

dan satu lagi khidmat pesanan ringkas saya dapat selepas itu : Al fatihah...Pak Teh Kroh ( TUAN GURU PONDOK KROH) telah kembali ke rahmatullah

Bagi generasi muda mungkin tidak mengenali beliau. Tambahan lagi beliau bukan artis dan bintang filem. Namun ingatlah bahawa musibah kepada umat adalah diangkatkan ilmu. Diangkatkan ilmu adalah dengan dimatikan ulamak. Seorang sahabat memberi komen di dalam FB :
Innalillahhiwainnaa ilaihiroojiuunnn...sabda nabi s.a.w : man lam yahzan bimautil a'lim fahuwa munafiq
Sesiapa yang tidak bersedih dengan kematian alim ulama' maka dia adalah munafik-nauzubillah

Hakikatnya berapa diantara kita yang "peduli" dengan kematian ulamak. Ulamak adalah pewaris nabi dan seperti bintang-bintang di langit. Gugurnya satu persatu bintang menandakan dekatnya sudah akhir usia dunia ini.

ALLAHUMMA AHYINA BI HAYATIL ULAMA' WA AMITNA BIMAUTI SYUHADA'!

MOGA ALLAH MENEMPATKAN BELIAU BERSAMA ROH ORANG BERIMAN! AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan