Selasa, 7 September 2010

MAJLIS PERJUMPAAN YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA GURU TAKMIR/SURAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2010

MAJLIS PERJUMPAAN YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA GURU TAKMIR/SURAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2010



Bertempat di Masjid Seberang Jaya, Seberang Perai Utara.

Sumbangan Hari Raya kepada Guru Takmir daripada Pusat Urus Zakat PUZ Pulau Pinang.

Guru Takmir semasa pendaftaran petang itu

Urusetia dari Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau PMS

3 Ogos 2010  M / 24 Ramadhan 1431 H. Bertempat di Masjid Seberang Jaya, Seberang Perai Utara jam 6.00 petang telah berlangsung satu majlis perjumpaan bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias b Zakaria dan Guru-guru Takmir Pulau pinang.

Perjumpaan pertama antara Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias b Zakaria dengan 180 orang Guru Takmir Pulau Pinang telah menyemarakkan lagi semangat pendakwah dan menghayati tugas sebagai murabbi. Disamping bertujuan untuk majlis berbuka puasa bersama-sama ianya juga bagi mengimarahkan masjid di bulan yang penuh dengan kemuliaan di sisi Allah SWT.


Penolong Pengarah Takmir menyambut kedatangan guru Takmir

Bersama PPMD Butterworth, Kepala Batas dan SPT

Turut hadir Penolong Pengarah Qaryah Tn Hj Norzli dan Us Rashid sebagai urusetia bersama

Harapan daripada beliau ialah agar guru-guru Takmir dapat menarik masyarakat Islam di semua peringkat terutamanya para remaja dan belia bagi mendekati masjid untuk melakukan amal ibadat dan menuntut ilmu agama dengan lebih drastik lagi. Jangan berasa lemah semangat dengan jumlah kehadiran jemaah dalam program Takmir ini bahkan berilah satu ilmu setiap kali mengajar dan pastikan mereka menyebarkan kepada masyarakat apabila pulang ke rumah masing-masing.


Ketibaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias b Zakaria

Turut hadir Pengarah JHEAIPP dan KPP Pengurusan Masjid Surau

Bacaan al-Quran surah al Kahfi untuk santapan jiwa



Beliau juga menyeru kepada guru Takmir agar jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh menjadi fitnah dalam agama dan masyarakat. "Fitnah itu tidur, maka la'nat Allah bagi siapa yang membangunkannya" adalah petikan hadis kepada guru Takmir agar berhati-hati dalam memberi kenyataan dan hukum agama.


Ucapan aluan oleh Tuan Hj Sazali B Hussein Pengarah JHEAIPP

Pegawai Tadbir Agama yang hadir

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias b Zakaria menyampaikan amanat Ramadhan kepada guru takmir Pulau Pinang

Guru Takmir sebagai barisan hadapan haruslah mewujudkan perpaduan sesama mereka dan semangat muhibbah antara ahli jemaah dengan masyarakat Islam sekitarnya. Bukan guru Takmir sebagai agen pemecah belah masyarakat.



Tuan-tuan guru yang sudah lama menabur jasa di jalan dakwah hadir dalam perjumpaan dan iftor jamaie ini

Ustazah-ustazah Takmir tidak ketinggalan

Acara terakhir iaitu penyampaian sumbangan Hari Raya kepada Guru Takmir oleh YDP

Majlis ini adalah bertujuan merapatkan ukhuwah dikalangan guru Takmir dan bermesra bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias b Zakaria. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tuan Haji Sazali B Hussein. Di akhir majlis petang itu guru-guru Takmir Pulau Pinang mendapat hadiah Hari raya berupa kain bersama butang dan Kurma.

Majlis berbuka puasa dimasak oleh katering Masjid Seberang Jaya

Kelihatan Tuan Guru Hj Ali (berbaju Coklat) semasa berbuka puasa

Ustaz Zahir dari daerah Timur Laut

Wajah ceria guru Takmir seluruh Pulau Pinang setelah menerima sumbangan Hari Raya sebelum majlis iftor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan