Ahad, 12 September 2010

9/11-MOMENTUM KEKUATAN MUSLIM SEBENAR

Apabila menjelang 9/11 maka seluruh dunia berkabung atas kejadian yang telah menimpa Amerika Syarikat. World Trade Center yang menjadi mercu tanda negara Uncle Sam itu akhirnya jatuh menyembah bumi lantas menjadi abu-abu yang berselerakan bersama tangisan dan jeritan manusia yang bertempiaran lari ketakutan. Detik itu tidak akan lupa dalam sejarah manusia moden di mana Amerika diceroboh dengan mudah dan di malukan di hadapan jutaan mata seluruh dunia.



Namun kejadian ini sebenarnya telah menjadi satu lesen kepada mereka yang memang dari dulu, kini dan selamanya yang memusuhi Islam menyerang Islam dan penganutnya tanpa belas kasihan untuk menghentam Islam. Islam Terrorist, Islamophobia, The Barbarian dan seribu satu macam tohmahan dan kejian di terima oleh saudara kita di sana dan eropah telah menjadikan mereka lemah semangat. Waktu itu saya baru 2 bulan pulang menuntut ilmu di bumi Jordan. Agak-agaknya apa yang akan menimpa nasib saudara kita di sana?



Sekarang bahang 9/11 masih terasa. Dinegara yang rakyatnya mengaku sebagai "sesiapa bebas bersuara", "sesiapa bebas beragama" rupanya masih tidak sebebas mana yang disangka. Projek membakar al-Quran sebagai contohnya untuk menghentikan pembinaan masjid di tepi tapak Ground Zero telah menunjukkan wajah-wajah mereka sebenarnya.

Maknanya Islam memang tidak disukai oleh mereka dan mereka secara terpaksa menerima jiran mereka yang beragama Islam. Projek membakar al-Quran menerangkan kepada kita bahawa gertakan dan ugutan ini adalah rentetan Firman Allah SWT Yang Agung " Tidak akan redha kepada mu (Muhammad) oleh orang Yahudi dan Nasrani hingga kamu mengikut millah (ajaran/cara hidup) mereka.

Tugas umat Islam :
-memberikan penerangan yang cukup kepada mereka yang tidak memahami agama Islam ini dengan berdialog untuk mencari kebenaran
-pentingnya persefahaman antara agama demi keamanan dunia
-mengenepikan pelampau-pelampau agama yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah
-dinegara yang umat Islam majoriti, mereka perlu menunjukkan contoh bagaimana dalam sebuah komuniti Islam yang besar agama lain turut diberi ruang mengamalkan ajaran mereka.
-umat Islam perlu menunjukkan akhlak Islam dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam tentang Islam
-menguatkan perpaduan sesama kita. Kerana apabila kita berpecah kita akan lemah dan mudah digertak oleh orang lain
-menguatkan ilmu. kerana Allah berjanji bahawa orang yang berilmu adalah orang yang mulia di sisi manusia dan disisi Allah SWT



Rupanya hikmah 9/11 adalah momentum bagi umat Islam untuk bangun memperbetulkan pandangan salah dan serong barat dan mereka yang tidak memahami Islam. Bagi mereka yang memang sudah mengenal, faham dan tahu tentang Islam tetapi masih memusuhi Islam tidak perlu anda bersusah payah untuk meruntuhkan agama yang akan kekal hingga ke akhir saat kehancuran dunia. Ingatlah di hadapan Tuhan anda akan ditanya tentang apa yang anda tahu. Tidak perlu jadi pengacau kepada agama lain. Jagalah agama anda sendiri. "Lakum dinukum waliyadin" Bagi Kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

Hiduplah atas dunia yang sementara ini dengan penuh keamanan dan kasih sayang sesama manusia. Jangan jadi penyebab atau pencetus kepada darah insan tumpah di bumi Tuhan ini.

Salam, Selamat, Sejahtera.

Allah Maha Besar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan