Rabu, 1 September 2010

LAPORAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H /2010 M

  



Selepas pulang dari London saya mengalami "jet lag" yang agak boleh tahan juga teruknya. Maka saya mengambil masa dan cuti untuk memulihkan kesan perbezaan 7 jam antara UK dan Malaysia. Seingat saya tahun ini Ramadhan saya akan sunyi dari sebarang aktiviti. Namun tanggapan saya itu silap. Apabila pulang ke tanahair perjuang bermula dan Allah SWT mengatur perancanganNya. Panggilan demi panggilan memenuhi jemputan tazkirah subuh dan selepas solat Sunat Terawikh serta juga kuliah Zohor bertubi-tubi hingga saya terpaksa menolaknya kerana ada komitmen bersama keluarga dan lain-lain.

Begitupun saya begitu berbangga kerana PPMD Takmir juga berperanan dengan tugas yang serupa mengimarahkan Bulan Ramadhan ini dengan pengimarahan yang berterusan di Masjid dan Surau seluruh negeri Pulau Pinang. Bulan ini bukan bulan rehat dan bulan letih seperti yang disangka. Bulan ini menuntut kesungguhan dan tenaga yang luar biasa . Guru Takmir memenuhi masjid dan surau-surau mengambil peluang mengajar ilmu agama kepada jemaah masjid yang ramai dari hari dan bulan biasa. Inilah masa yang sesuai kerana masyarakat Islam memenuhi masjid pada bulan ini.

Berikut adalah antara aktiviti yang sempat diambil sepanjang Ogos:
-Tazkirah Zohor Masjid Negeri Pulau Pinang
-Tazkirah Majlis berbuka puasa anjuran PEMADAM Pulau Pinang
-Pejabat SUK dan Kewangan Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang di KOMTAR
-KEMAS-bacaan Yasin dan tazkirah
-Ceramah Motivasi anjuran JAKIM-GPMS ( SMK Teluk Bahang dan SMK Penanti


Tazkirah bersama kaum wanita di Bagan Dalam, Butterworth


Memohon keberkatan Ramadhan dan bacaan Yasin


Kaum ibu sampai memenuhi dewan orang ramai


Ustaz Fauzi PTA Barat Daya

Iftor bersama penduduk kuarters kerajaan Lebuhraya Rose


Nasi Minyak

Mesyuarat Majlis Iftor Guru Takmir bersama YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang


PPMD yang hadir memberikan idea yang bernas



Mesyuarat cepat dan tepat.


Ceramah anjuran bersama JAKIM-GPMS di SMK Penanti


Akhlak dan keruntuhan muda mudi


Turut dihadiri oleh wakil GPMS dan guru kanan


Pelajar aliran Sains memberikan kerjasama yang baik

Pemuda harapan bangsa





Tiada ulasan:

Catat Ulasan