Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih atas kemerdekaan ini.
Hari Kemerdekaan Tanahair di mana tumpahnya darahku ini menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke 53 semalam. Walaupun entry ini sudah melepasi masanya yang akan dianggap "belated" namun semangatnya akan terus membara setiap detik dan masa jua zaman. Kemerdekaan yang tidak dapat dijual beli dan dikompromi dengan musuh serta perlu dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir.
Umat ini harus bangkit dari kelemahan. Perlu bangun dari lena panjang dan mimpi yang indah. Berlari kepada masa depan yang cemerlang. Masih ingat kata-kata Ben Okre yang menyatakan " Our Future is greater than our past"! Bermaksud "masa depan kita lebih hebat dari masa silam kita". Dan Yang Maha Esa mewahyukan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang merubahnya". Cabaran! Kita perlu mencabar diri kita untuk bergerak ke depan demi masa depan agama, bangsa dan negara!
Kerana masih lagi fikiran kita dibelenggu dan dijajah dengan tahap pemikiran lama dan tidak merdeka dengan hujah dan ilmu di dada. Sentimen dan persepsi menjadi hujah dan sumber utama berbanding fakta kebenaran yang telah menjadi nombor dua dalam berdepan dengan realiti cabaran. Amat sedih jika ini terus berlaku terutama di dalam kalangan mereka yang dikenali sebagai "agamawan". Amat membimbangkan kita kerana akan melahirkan sebuah masyarakat yang kurang matang dan dangkal pemerhatian masa depannya kerana meletakkan perasaan dan emosi di depan.
Hakikatnya kita berlegar sekitar kelompok yang sama dan fikiran yang di dalam kotak. Masih berhujah soal bida'ah dan tidak bid'ah, halal haram dan betul serta salah. sedangkan tempoh 53 tahun sudah cukup bagi kita menjadi matang dan dewasa dalam menghadapi masalah tersebut. Kita tidak sedewasa dengan usia kemerdekaan ini dengan sikap kebudakan atau keanakan yang hanya menghentakkan kaki dan mengamuk tidak ketahuan sekiranya kemahuan tidak dipenuhi.
Ayuh bangunlah Umatku. Masanya telah sampai untuk kita memasuki fasa kedua. Penuh dengan kegemilangan dan kemajuan ummah.
Jadilah anak merdeka yang berjasa kepada negara
Tidak perlu memberi makna dan definasi kemerdekaan kerana ianya pasti dapat ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kemahuan dan tujuan. Namun yang penting kita menerima kemerdekaan dengan syukur dan muhasabah.
Hari ini termasuk 10 terakhir Ramadhan hari kemerdekaan diri dan jiwa dari api neraka. Bulan memerdekakan diri dari sifat keji dan mazmumah kepada Taqwa. Tahun yang menjadikan kita mengenal erti sebenar kemerdekaan.
Disini marilah kita renung bait-bait lirik yang indah untuk direnungi bersempena Kemerdekaan ini.
Lyrics to Awaken (Maher Zain):
We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
[ Awaken Lyrics on http://www.lyricsmania.com/ ]
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan