Selasa, 7 September 2010

MALAM PENUTUP BULAN AL QURAN DAN BACAAN KITAB AT TIBYAN

28 Ogos 2010


Tn Hj Rosli B Othman memimpin bacaan Kitab At Tibyan yang  bermula hari Jumaat 27 Ogos 2010

Tn Hj Yusuff b Ahmad Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang turut sama hadir

Tn Hj Ayub B Yaacob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau JHEAIPP

Bertempat di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan al-Quran dan Bacaan Kitab At Tibyan. Majlis ini bermula dengan ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada jam 6.00 petang.


Turut hadir Pegawai Tadbir Agama menantikan ketibaan Tuan Yang Terutama

Turut menyambut kedatangan Tuan Yang Terutama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bulan al-Quran telah berjalan selama 3 bulan bermula bulan Rejab dan berakhir dengan bacaan Kitab At Tubyan yang terkenal karangan Imam Nawawi rahimahullah. Selama 3 bulan ini masyarakat digerakkan dengan kesedaran memahami dan menghayati al-Quran dengan menyeluruh untuk digunakan sebagai panduan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Majlis Penutupan amat bermakna dengan kehadiran Tuan Yang Terutama

Bagi memberkati majlis pentupan, Adik Mohamad b Ahmad Zaid diberi penghormatan
membacakan al-Quran 

Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang melafazkan penutupan Bulan al-Quran

Ini kerana al-Quran bukan sahaja untuk dibaca bahkan ia merupakan penyuluh kehidupan penuh dengan ilmu dan hikmah yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk digunakan oleh seluruh umat manusia akhir zaman.

Bacaan huruf ke huruf Kitab At Tibyan karangan Imam Nawawi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Persatuan Gabungan Ilmuan Islam Pulau Pinang telah dipimpin bacaannya oleh Tuan Haji Rosli b Othman yang juga merupakan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Majlis berbuka puasa ringkas sebelum solat Maghrib berjemaah

Turut hadir ialah guru-guru Takmir Pulau Pinang

Toh Puan turut sama hadir dalam majlis ini

Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama telah sudi hadir dan merasmikan penutupan Bulan al-Quran di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Selepas itu Majlis Berbuka Puasa bersama Tuan Yang Terutama dan solat maghrib berjemaah di Masjid Negeri Pulau Pinang. Apabila selesai solat Maghrib semua tetamu bergerak ke perkarangan untuk menjamu selera.


Mengedarkan bekalan makanan sebelum berbuka puasa kepada kaum muslimin

Para Muslimat turut beratur mendapatkan buku Yaasin

Majlis diserikan dengan tetamu jemputan khas iaitu adik Mohamad b Ahmad Zahid merupakan icon bagi anak muda yang ingin menjadi qari di dalam Akademi al-Quran. Beliau hadir bersama kedua ibubapanya dari Kuala Lumpur. Adik Mohamad kemudiannya menjadi imam Terawikh pada malam itu.

Para hadirin termasuk Adik Mohamad turut sama tidak melepaskan peluang bergambar bersama Tuan Yang Terutama Tun

Selepas solat maghrib Majlis Jamuan Makan di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan