Selasa, 5 Oktober 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID SELURUH MALAYSIA BIL 2/2010



Bahagian KESUMA (Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid) JAKIM mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Seluruh Malaysia bil 2/2010 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Mesyuarat yang akan diadakan pada 5-7 Oktober bersamaan 26-28 Syawal berobjektif:

1-Untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pengurusan Pengimarahan Masjid.

2-Untuk berbincang dan bertukar pandangan antara Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan Pengurusan Masjid.

3-Untuk memberi penjelasan yang mendalam dan pengukuhan kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid yang akan dilaksanakan di masjid seluruh Malaysia.

4-Mewujudkan persefahaman yang mantap antara negeri-negeri dalam melaksanakan program pengurusan dan pengimarahan masjid di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan