Ahad, 31 Oktober 2010

MENCARI KEBERKATAN DALAM RUMAHTANGGA

MENCARI  KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA

DISAMPAIKAN OLEH :

HJ MUHAMMAD IMRAN B IBRAHIM

PENOLONG PENGARAH TAKMIR

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Didalam kamus al-Mawrid, barakah bermaksud - "blessing, benediction; good fortune; prosperity; continual good, abundant good; felicity". Didalam kamus Sakhr perkataan barakah bermaksud - perkembangan dan kebaikan; atau "blessing' didalam Bahasa Inggerisnya. Kamus Sakhr memberi maksud "blessing" sebagai "ask God's favour for; wish happiness or favour to; consecrate; make sacred or holy; call (God) holy". Merriam online dictionary pula mendefinasikan
"blessing" sebagai "a thing conducive to happiness or welfare".
Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud barakah disini adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu





KERBERKATAN RUMAHTANGGA DIMULAI DENGAN PEMILIHAN 4 CIRI PASANGAN:-
1. HARTA



2. RUPA


3. NASAB/KETURUNAN


4. AGAMA


HADITH NABI S.A.W INI MEMPUNYAI SUSUNAN PRIORITY DALAM MENCARI KEBERKATAN RUMAH TANGGA


HARTA
1.SUMBER YANG HALAL



2.CARA PENGGUNAAN YANG BETUL DAN BAIK


3.MENGELAKKAN KEFAKIRAN KERANA IANYA MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN


RUPA
1.PENYEJUK MATA (QURRATU A’AYUN)



2.MANUSIA TERTARIK DENGAN APA YANG DILIHAT (MAWADDAH DAN RAHMAH)


3.NABI MENYURUH KITA MENJAGA KECANTIKAN LUAR DAN DALAM DIRI DAN ALLAH SUKA KEPADA YANG CANTIK (INNALLAHA JAMILUN YUHIBBUL JAMAL)


NASAB/KETURUNAN
1.MENJAGA SUSUR GALUR KETURUNAN (MAHAFIZ)



2.MENGENALI IDENTITI SESEORANG (MA’ARUF)


3.BERKENALAN (TA’ARUF)


AGAMA
1.PERKARA PERTAMA DALAM DIRI



2.MENJADI PLATFORM KEPADA KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT


3.MA AJMALA DUNYA IZAJ TAMA’ADDINA

Baarakallaahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa jama’a baynakumaa fii khair



“Semoga Allah memberikan berkat kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkatan kepadamu. Dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan.”


1.KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN (KONSEP MEMBERIKAN DAN MENCURAHKAN)


2.KEBERKATAN DALAM RUMAHTANGGA

KISAH KEBERKATAN 1
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000. 2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan. 3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia. 4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan. 5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan. 6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas. 7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan. 8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi. 9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

MALAN:







1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation 2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh. 3. Sering membaca Surah Al-Waqiah 4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam. 5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya. 6. Suka menolong orang dan memberi derma 7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit. 8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya. 9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


KISAH KEBERKATAN 2
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.



Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.


Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;



1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba) 2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan. 3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya) 4. Sering bertengkar dengan isteri. 5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri. 6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah. 7. Suka menengking jika ada orang mintak derma. 8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

KENAPA KEBERKATAN PENTING?

a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.


RUJUKAN :

AL-QURAN DAN HADIS NABI S.A.W
DARUSSYIFA ONLINE





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan