Sabtu, 30 Oktober 2010

OUTREACH PESERTA TOT HIV/AIDS SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

Kumpulan pertama outreach pada malam ini sedang bersiap sedia untuk bertolak ke lokasi iaitu di Seberang Perai Utara Butterworht


Bergambar kenangan kumpulan pertama di hadapan Hydro Hotel sebelum bertolak. Turut serta NGO dari Payung dan Shda

26 Oktober 2010. Jam 10.30 malam telah diadakan outreach yang pertama bersama NGO yang secara lansung berurusan dengan golongan sasar yang terdedah dengan HIV/AIDS. Dalam outreach pertama ini kumpulan sasaran adalah Mak Nyah / Pondan. Ini bagi mengetahui dengan lebih dekat permasalahan sebenar golongan yang dikatakan terpinggir ini. Ternyata badan agama atau NGO Islam perlu turun padang untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sudah tersasar jauh dan perlukan bimbingan.

Selalunya dakwah yang dilakukan dipentas-pentas masjid dan surau dan melupakan penghuni lorong-lorong gelap yang juga memerlukan bantuan dan bimbingan. Semoga outreach pertama ini membuka mata golongan agama peri pentingnya menyelamatkan saudara seakidah dari terus tersesat jalan. Malam itu 2 buah kereta telah bergerak ke SPU Butterworht

Tiada ulasan:

Catat Ulasan