Ahad, 17 Oktober 2010

ADA HARGA YANG MESTI DIBAYAR

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT atas nikmatNya kepada kita dan negara yang tidak pernah rasanya berkurang. Malah bertambah lagi kurniaanNya setiap hari. Dan terima kasih kita kepada pemerintah terutama Perdana Menteri atas keperihatinan dalam menaikkan elaun para imam dan guru KAFA seluruh negara. Jazakallahukhairankasira. Moga Allah SWT merahmati dan membalas jasa beliau. Hadis Nabi SAW bermaksud barangsiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia maka dia tidak tahu bersyukur kepada Allah.

Para imam dan pendidik agama ingatlah segala nikmat dan bala adalah ujian Allah SWT. Semakin tinggi nilai yang kita minta atau dapat maka semakin banyak tanggungjawab yang terpaksa di pikul dan amanah yang perlu ditunaikan kepada masyarakat. Jangan hanya berseronok dengan nilai yang semakin banyak kita perolehi sedangkan hasil kerja dan mutunya masih ditakuk lama atau makin menurun. 

Para imam perlu menilai kembali hasil yang mereka dapat dengan tugas yang dilaksanakan. Disinilah letaknya integriti dengan Allah dan juga sesama manusia. Para guru KAFA diharap agar terus bersemangat menabur bakti ilmu agama kepada "rebung" bangsa yang dahagakan penunjuk jalan dan murabbi untuk menjadi pelapis pemimpin masa depan.

Menjaga imej agama dan diri adalah harga yang mesti dibayar oleh kita. Jangan di kata orang "telur sebiji riuh sekampung". Jangan ada sampai bermasam muka dan bergaduh dek kerana mahu berebut jawatan ini pula. Moga nikmat Allah SWT ini disyukuri sepenuhnya bukan menjadi fitnah atau ujian hidup kita.

Selamat menabur bakti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan