Khamis, 13 Mei 2010

MUSLIM COLLEGE, LONDON

      

        Semalam 12 Mei 2010 jam 4.45 petang. Dapat satu masej pesanan ringkas SMS daripada Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tn Hj Sazali b Hussien. Bunyinya: "Kpda : Us Imran, pp takmir n us zulkhairi, masjid negeri. Tahniah tuan dipilih kursus muslim college, london. Sila hadir kursus BI di ILIM 17-21 Mei. Bawa laptop, pasport dan buku akaun."

      Alhamdulillah. Macam tak percaya. To be or not to be. Tahun lepas mohon tidak dapat. Tahun ini Allah SWT pilih untuk ke sana mencari ilmu dan menambah pengalaman hidup.

      Apa pun kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pergi ke terlebih dahulu untuk mendapat serba sedikit pendedahan dan maklumat di sana. Kepada semua pembaca blog yang di kasihi, mohon doa semua agar saya selamat pergi dan selamat kembali dan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

Banyak juga yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran ini. Rabbi yassir wa la tua'assir.

Terima kasih.

Penolong Pengarah Takmir
JHEAIPP

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. rezeki Allah SWT bg pada Ustaz.. saya tumpang gembira atas peluang yang Ustaz dapat.. so, lepas ni xda la aktiviti selama 2 bulan..

    BalasPadam
  2. Salam ustaz...Alhamdulillah rezeki ke loondon dah pergi nanti jgn lupa jumpa Queen

    BalasPadam
  3. salam...fadzil dan abg chad ini semua berkat doa sahabat2 yang menhendakkan kebaikan bagi saya...dil..aktiviti tetap berjalan..dakwah mana leh rehat...lagi laju insyaAllah...(harap2 :)) abg chad kita jumpa queen ...king masyukuri nak pi tu jugak ehehe

    BalasPadam
  4. Dulu ada Ustaz datang surau saya.. Dia ada cerita yang di UK, ada satu kawasan yang majoriti penduduk adalah org Islam.. Dan majoriti org Islam itu Al-Hafiz dan Alim.. Untung la kalau Ustaz dapat peluang pi sana.. 2 bulan tu bkn sekejap.. Jumpa King, jgn lupa checkmate dia... hohoho

    BalasPadam
  5. Tuan Haji Arshad... Saya xpernah rasa pi oversea... Apa kata Tuan Haji buat pakej Umrah.. Dapat juga saya numpang sekaki...

    BalasPadam