Ahad, 2 Mei 2010

JOM KONVOI BERMOTOSIKAL MASJID KE MASJID


Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Timur laut dengan kerjasama daripada Masjid Bandar Baru Air Itam, Polis DirajaMalaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Pertahanan Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pemadam dan Persatuan Anak Qaryah.

Program ini berlangsung pada 2 Mei 2010 dengan disertai seramai 60 buah motosikal pelbagai jenama. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendekatkan pemuda dan peserta konvoi dengan masjid.

Pedaftaran dan perlepasan konvoi yang diiringi dan dikawal oleh Polis Trafik dimulakan di Masjid Bandar Baru Air Itam sebagai tuan rumah. Kemudian konvoi bermotosikal menuju ke Masjid Terapung, di sini sedikit tazkirah pagi disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama Timur Laut (Ustaz Anuar Hakim).

Peserta konvoi meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Batu Feringghi. Konvoi bermotosikal disambut dengan paluan kompang oleh anak qaryah di masjid ini.

Penghulu Amir dan PTA Daerah Timur Laut

Selepas selesai sesi taklimat, konvoi diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Teluk Bahang. Di sini peserta konvoi disambut oleh AJK Qaryah dan Penghulu Kawasan Teluk Bahang (Penghulu Amir) dan dihidangkan minum pagi.

Setelah selesai minum pagi di Masjid Teluk Bahang, masjid seterusnya ialah Masjid Bagan Air Hitam. Di sini, peserta konvoi dihidangkan makan tengah hari dan sedikit motivasi. Setelah selesai solat Zohor berjemaah, peserta konvoi diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan jalanraya oleh ketua bahagian trafik daerah Barat Daya sebagai peringatan untuk meneruskan konvoi semoga selamat sampai ke destinasi seterusnya.

Akhir sekali peserta konvoi diberikan petrol percuma yang ditaja oleh Petronas Sungai Tiram Pulau Pinang. Setelah semua peserta mengisi petrol secara percuma, konvoi diteruskan ke tempat dilepaskan iaitu Masjid Bandar Baru Air Itam untuk upacara penutup.

sila link untuk berita: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26319:konvoi-bermotor-jom-pi-masjid&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100

Tiada ulasan:

Catat Ulasan