Selasa, 4 Mei 2010

MAJLIS DIALOG DAN PERJUMPAAN BERSAMA YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG BERSAMA AHLIJ AWATANKUASA DAN IMAM MASJID PULAU PINANG 2010-ZON PULAU(TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA)

Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut, Pegawai Takmir Pulau Pinang dan Penolong Pengarah Qaryah semasa menantikan kedatangan Yang Di Pertua
Barisan urusetia semenjak jam 7.30 pagi di Dewan Masyarakat Penyayang

Ustaz Hj Ellias b Hj Zakaria melambaikan tangan kepada ahli jawatankuasa semasa ketibaannya

Antara pegawai masjid dan ahli jawatankuasa yang hadir taklimat dan dialog bersama Yang Di Pertua MAINPP sedang menumpukan sepenuh perhatian atas pembentangan yang dilakukan.


Us Fauzi Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya sebagai pengacara majlis pada hari ini.


Us Azhari dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang sedang memberikan taklimat mengenai aktiviti Pusat Urus Zakat dan menyeru kepada peserta agar memberitahu anak qaryah supaya lebih aktif dalam membayar zakat


Us Zulkhiry b Ramli Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang sedang membacakan doa sempena membuka majlis dialog dan perjumpaan bersama Yang Di Pertua MAINPP


Dif kehormat termasuk Pengurus Baitulmal MAINPP turut mengaminkan doa yang dibacakan agar majlis berjalan lancar dan memberi manfaat kepada umat Islam


Yang Di Pertua MAINPP sebelum berucap dan majlis dialog


Peserta yang datang sungguh memberangsangkan sanggup meninggalkan kerja seharian semata-mata bersama dengan Yang Di Pertua dan berdialog dengan beliau


4 Mei 2010. Dewan Masyarakat Penyayang, Timur Laut Pulau Pinang. Satu perjumpaan dan sesi dialog bersama Tn Hj Ellias b Hj Zakaria, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang diadakan dengan jayanya semata-mata untuk melihat hala tuju dan pembangunan umat Islam di negeri ini terus di perkasakan.

Dalam pembentangan kertas kerja mengenai Pembangunan Masjid Tn Hj Ellias b Hj Zakaria menyatakan hanya ada 1 jalan iaitu Islam, 1 buku iaitu al-Quran, 1 suara iaitu azan dan 1 bangunan @ institusi iaitu masjid yang perlu ada dalam jiwa umat Islam. 4 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W itu ada kunci kepada kekuatan ummah yang seharusnya digilap kembali demi menjana ummah yang perkasa. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat : 108 maksudnya :

108. Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

Ahli jawatankuasa masjid dan imam adalah orang yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Allah SWT dan masyarakat. Peribadi mereka walau pun bukan taraf malaikat tetapi haruslah seiring dengan kesucian tempat yang suci itu. Mereka adalah termasuk dalam golongan pemakmur masjid sepertimana mafhum firman Allah SWT dalam surah yang sama ayat 18:

18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Maka mereka yang dikategorikan pemakmur Rumah Allah ialah :
1-Beriman kepada Allah
2-Beriman kepada hari akhirat
3-Mendirikan solat
4-Membayar zakat
5-Tidak takut melainkan hanya kepada Allah SWT

Namun ada di antara ahli jawatankuasa yang tidak hadir ke masjid mendengar kuliah atau solat berjamaah di sana. Mereka tidak berjaya menjadi contoh kepada anak qaryah atas sikap dan akhlak mereka sendiri. Ada yang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka itu digelar sebagai ahli jawatankuasa masjid.

Dan masjid perlu dijaga dengan jiwa dan raga umat Islam kerana ia adalah simbol kepada kekuatan kita. Jika kuat masjid kuatlah ummah dan sekiranya lemah pecah belah dimasjid maka kita boleh melihat ummah sedang menuju ke jurang kehancuran. Kerana itu institusi ini perlu di pelihara. Konsep Hayya 'ala solah" iaitu mengajak kepada pengabdian dan Hayya 'ala falah mengajak kepada kejayaan setiap hari diperingatkan kepada umat Islam. Firman Allah dalam surah an Nuur ayat 36-37:

36. Bertasbih[1041] kepada Allah di masjid-masjid yang Telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,
[1041] yang bertasbih ialah laki-laki yang tersebut pada ayat 37 berikut.

37. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.



Jadilah orang yang sentiasa mengingati Allah seperti dalam ayat ini:
1-Bertasbih kepada Allah SWT pagi dan petang di Rumah Allah
2-Jadilah mereka yang tidak dilalaikan oleh harta dunia(perniagaan dan jual beli) dari ingat Tuhan
3-Mendirikan solat(sekali lagi disebut)
4-Membayar zakat (kerana ada yang kedekut dan tidak mahu kepada kewajipan ini)
5-Takut pembalasan hari akhirat di mana hari itu hati dan penglihatan manusia akan menjadi bergoncang hasil dahsyatnya kejadian itu.

Masjid menjadi zon aman, zon bebas krisis dan zon ketenangan jiwa. Untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku hasil dari ceramah atau kuliah di masjid pengerusi perlu meminta pandangan pejabat agama daerah sebelum menjemput seseorang penceramah untuk mengelakkan kecelaruan dalam masyarakat bertambah teruk. Pengerusi bertanggungjawab sama ada mahu melihat anak qaryah bersatu atau berpecah dengan sebab yang remeh temeh itu. Masjis sebagai zon mesra menjana kekuatan ekonomi dan spiritual ummah.

Akhirnya beliau mengingatkan kepada peserta agar bersama memegang amanah ini dan sedar kembali  akan kesilapan  yang lalu demi membina generasi pelapis di masjid yang unggul. Generasi akan datang sama ada akan memuji usaha kita hari ini atau mengutuk kerja buat bergantung kepada usaha kita untuk menyediakan platform yang baik bagi masa depan mereka.

surah al-Baqarah ayat 114:

114. Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalanghalangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (mesjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.

Majlis di akhiri dengan sesi dialog yang banyak berkisar kepada permasalahan tanah perkuburan di kawasan timur laut yang semakin mendesak keperluannya dan masalah masjid yang perlukan pembelaan sewajarnya dari pihak MAINPP. Akhir sekali jamuan makan tengah hari disediakan.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. masih ada orang mcm Tuan Sheikh.. Suka saya baca nota takmir Tuan Sheikh.. Sejuk hati.. Next election, kalau sudi jadi wakil rakyat.. Saya sokong..

    BalasPadam